Varia Ranah - Sorotan Ilmiah Perkhidmatan Awam

378 Varia Ranah: Sorotan Ilmiah Perkhidmatan Awam Empat kemahiran bagi kapabiliti individu diberikan dengan skala 0 hingga 10: i. Baru (Novice), 0 -4; ii. Cekap (Competence), 4.1 – 6; iii. Mahir (Proficient), 6.1- 8; dan iv. Pakar ( Expert), 8.1 – 10. ii. Pendekatan digital Memahami teknologi yang ada di dalam institusi secara global dan memahami cara teknologi digital mempengaruhi institusi serta kecekapan dalam penyampaian perkhidmatan mereka. 4. Hubungan Membina hubungan yang kuat dengan orang lain (termasuk rakyat) untuk memupuk kerjasama yang lebih baik dalam merancang perkhidmatan yang memenuhi keperluan rakyat. i. Melibatkan orang lain - Menunjukkan keupayaan untuk mencari peluang secara proaktif bagi melibatkan diri supaya boleh bekerjasama dengan rakan sebaya, berkomunikasi atau mendapatkan maklum balas daripada rakyat dengan keupayaan untuk menggunakan media sosial, aplikasi, teknologi internet dan alat komunikasi lain secara berkala. ii. Mengutamakan Rakyat Memahami hala tuju strategik organisasi dalam menyediakan perkhidmatan yang lebih baik kepada rakyat dan memahami secara mendalam tentang keperluan rakyat dalam setiap organisasi bagi menyampaikan perkhidmatan yang tulus kepada rakyat.

RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy