Varia Ranah - Sorotan Ilmiah Perkhidmatan Awam
377 Varia Ranah: Sorotan Ilmiah Perkhidmatan Awam Elemen Keterangan 1. Perilaku Pembentukan perilaku agar sesuai dengan perubahan persekitaran digital dan menyumbang kepada keseluruhan hasil penyampaian perkhidmatan atau perniagaan sebuah agensi. Di bawah elemen Perilaku pula mengandungi 2 kapabiliti i. Sentiasa mengikuti arus perkembangan teknologi semasa dan berwawasan, ii. bekerjasama secara proaktif, berkolaborasi dengan rakan sekerja atau pakar-pakar Kerajaan Digital 2. Pemikiran Boleh menerima perubahan, bekerja dengan cara yang baru dan mempercayai bahawa idea-idea itu boleh datang dari mana-mana sahaja. Dua kapabiliti dibawah elemen ini: i. Eksperimen - Menunjukkan keupayaan untuk melihat perkara-perkara pada perspektif yang lebih luas serta berani untuk gagal dan mencuba lagi. ii. Berkeyakinan - Memberi inspirasi kepada orang lain untuk berfikir secara inovatif dengan berkongsi pengetahuan dan pengalaman peribadi mengenai topik digital 3. Kemahiran Mempelajari pelbagai kemahiran digital, Membangun dan menggunakan kemahiran baru dalam kerja sehari- hari untuk membolehkan individu menjadi lebih produktif dan cekap. Dua kapabiliti : i. Bekerja dengan data Memahami bagaimana data disusun dan dikumpulkan dalam mana-mana proses tertentu dan berkeupayaan untuk menganalisis data.
Made with FlippingBook
RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy