Varia Ranah - Sorotan Ilmiah Perkhidmatan Awam
376 Varia Ranah: Sorotan Ilmiah Perkhidmatan Awam awam di era kerajaan digital telah selesai pada Februari 2018. Kajian ini membantu sektor awam untuk mengenal pasti set kemahiran digital yang bersesuaian dan menjadi penanda aras untuk membangunkan bakat pegawai awam merentas skim perkhidmatan, multi-disiplin dan pelbagai peringkat jawatan. Hasil daripada kajian tersebut, sebanyak 17 kompetensi digital bagi keupayaan organisasi dan lapan (8) kompetensi digital bagi keupayaan individu telah dikenal pasti. Rangka Kerja DGCCR ini akan diterap ke dalam perkhidmatan awam sebagai sebahagian daripada inisiatif Kerajaan untuk membangunkan model pengoperasian kerajaan digital dan digunapakai sebagai pendekatan berstruktur serta menyeluruh bagi menyediakan pengurusan bakat yang lengkap. DGCCR juga merupakan satu platform Kerajaan untuk membangunkan kompetensi dan keupayaan digital pegawai awam pada setiap peringkat dan peranan dalam usaha menawarkan penyampaian perkhidmatan digital yang terbaik kepada rakyat. Memandangkan Kerajaan Digital telah menjadi agenda penting dalam sektor awam masa kini, maka adalah wajar JPA menyediakan modal insan yang berpengetahuan dan berkemahiran digital dalam merancang dan mengurus penyampaian perkhidmatan yang berpaksikan rakyat KAEDAH PENILAIAN Berdasarkan Rangka Kerja tersebut, kaedah penilaian tahap kompetensi pegawai awam boleh dibuat berdasarkan empat (4) elemen, lapan (8) kapabiliti dan empat (4) tahap kemahiran yang boleh dirujuk di dalam kamus DGCCR. Empat (4) utama iaitu Perilaku ( Behaviours ), Pemikiran ( Mindset ), Kemahiran ( Skills ) dan Hubungan ( Relationships ) adalah seperti berikut:
Made with FlippingBook
RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy