Varia Ranah - Sorotan Ilmiah Perkhidmatan Awam
375 Varia Ranah: Sorotan Ilmiah Perkhidmatan Awam PENGENALAN Kompetensi di definisikan sebagai kebolehan, pengetahuan dan kemahiran untuk melakukan sesuatu dengan cekap atau dengan jayanya, bagi para pelajar ujian dijalankan utk mengetahui tahap manakala bagi pegawai awam kajian menyeluruh dengan mengedarkan soal selidik. Sistem Saraan Malaysia(SSM) juga menekankan kompetensi, iaitu sistem perkhidmatan awam bagi kakitangan kerajaan, yang menggantikan Sistem Saraan Baru mulai 1 November 2002, yang berteraskan kompetensi dalam pengurusan sumber manusia, penilaian tahap kecekapan, serta menggalakkan pembelajaran secara berterusan di kalangan staf. ISU DAN MASALAH Pada masa kini, cabaran evolusi teknologi yang pesat bagi mendepani cabaran Industrial Revolution 4.0 (IR4.0), Internet Of Things (IOT) serta A rtificial Intelligence (AI) amat ketara, terutama semasa dunia dilanda pandemik COVID-19 , dunia dikejutkan dengan gelombang e-learning/virtual meeting / video conference yang mengejutkan ramai orang termasuk pegawai awam dari ‘tidur’. Terdapat juga golongan pekerja/pendidik yang sudah lama terbiasa dengan penggunaan e- learning/virtual meeting , namun tidak kurang juga yang baru pertama kali baru mencubanya. Jelas kemahiran dan keupayaan pendigitalan pegawai awam tidak diberi penekanan tentang pelbagai teknologi. Skim perkhidmatan sedia ada juga tidak menyokong agenda Kerajaan Digital. KAJIAN TERDAHULU Kajian Pembangunan dan Pelaksanaan Rangka Kerja Digital Government Competency and Capability Readiness (DGCCR) Sektor Awam 2017 yang mengambil kira pendekatan secara Whole-of-Government (WoG) dan merangka secara komprehensif hala tuju pembangunan modal insan sektor Dalam mendepani normal baharu teknologi, kemahiran dan keupayaan pendigitalan pegawai awam hendaklah diberi penekanan tentang pelbagai teknologi
Made with FlippingBook
RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy