Varia Ranah - Sorotan Ilmiah Perkhidmatan Awam
374 Varia Ranah: Sorotan Ilmiah Perkhidmatan Awam Kajian Tahap Kompetensi Digital Pegawai Awam Muhaini binti Yahya, F54 ABSTRAK Mendepani cabaran Industrial Revolution 4.0 (IR4.0), Internet Of Things (IOT) serta A rtificial Intelligence (AI), kita perlu memiliki keupayaan untuk membina masyarakat termasuk pegawai awam berkompetensi yang pelbagai kecenderungan bakat, kalis masa hadapan ( future proof ), cekal dan sentiasa mempunyai daya adaptasi terhadap perubahan. Di mana kedudukan kita dalam perkembangan teknologi seperti ini? Apakah sudah bersiap sedia dengan kemahiran yang diperlukan? Jika alpa kerja kita akan diambil alih oleh mesin, robot dan komputer sepenuhnya satu hari kelak. Jadi, terserah kepada kita sebenarnya untuk memastikan sama ada masih kekal relevan dengan kedudukan sekarang. Justeru, pegawai awam perlu secara berterusan meningkatkan ilmu dan pengetahuan supaya kemahiran dan kecekapan yang ada dapat diasah dan diperkasakan. Cara kerja dan pemikiran juga perlu berubah dengan lebih pantas selari perubahan teknologi serta memenuhi ekspektasi pelanggan. Setiap agensi kerajaan perlu membantu warga kerja membangunkan bakat dan kompetensi secara berterusan. Kompetensi ini perlu diberi perhatian demi kelangsungan masa hadapan. Dalam konteks pegawai awam, kompetensi digital yang ingin dibangunkan sewajarkan berpandukan rangka kerja yang telah diperolehi dari kajian terdahulu. Untuk mengetahui tahap kompetensi digital pegawai awam, kajian dengan kaedah soal selidik berpandukan rangka kerja tersebut telah dilaksanakan secara rintis di lima (5) agensi, kajian seharusnya diteruskan lagi bagi semua kementerian dan agens-agensi dibawahnya untuk mendapatkan gambaran menyeluruh kompetensi digital pegawai awam masa kini.
Made with FlippingBook
RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy