Varia Ranah - Sorotan Ilmiah Perkhidmatan Awam
367 Varia Ranah: Sorotan Ilmiah Perkhidmatan Awam 3. Bekerja Separuh Masa – pegawai dibenarkan bekerja separuh masa dalam seminggu (iaitu sebanyak 20 jam berbanding 40 jam dalam keadaan biasa) dalam tempoh tertentu dengan syarat ganjaran dan kemudahan lain turut dikurangkan secara proportionate dalam tempoh berkenaan; dan 4. Cuti Rehat Separuh Hari – pegawai dibenarkan menggunakan kemudahan cuti rehat tahunan sedia ada selama separuh hari (pada sebelah pagi atau sebelah petang hari bekerja) bagi tujuan urusan peribadi. PENUTUP Setiap orang mempunyai keperluan yang berbeza dan hanya mereka yang tahu bagaimana untuk meletakkan keutamaan dalam hidupnya supaya keseimbangan dapat dicapai. Keseimbangan itu tidak tetap pada setiap masa dan sentiasa berubah mengikut keperluan. Ini adalah kerana setiap individu mempunyai keutamaan yang berbeza pada setiap fasa kehidupan. Mungkin pada peringkat usia muda dan di awal karier, seseorang itu akan lebih meletakkan keutamaannya pada kerja serta berjaya dalam karier, pada usia pertengahan akan lebih kepada keluarga serta rekreasi dan di hujung usia pula akan memberi keutamaan pada kerohanian. Oleh itu, tiada satu templat yang boleh digunakan untuk semua orang bagi mendapatkan keseimbangan kerja dan kehidupan yang sempurna. Dr William Gentry, seorang pakar dalam kemahiran kepimpinan dari Centre of Creative Leadership , Amerika Syarikat (AS) berpendapat bahawa tiada siapa pun yang sempurna dalam mencapai keseimbangan antara kerja dan kehidupan. Namun begitu, Kerajaan sentiasa proaktif dengan menyediakan pelbagai kemudahan kepada pegawai awam supaya kemudahan tersebut boleh digunakan ketika ia diperlukan agar keseimbangan kerjaya dan kehidupan dapat dicapai pada tahap paling maksima. Dalam memastikan kemudahan- kemudahan berkenaan kekal relevan, maka ia sentiasa dikaji dan disemak
Made with FlippingBook
RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy