Varia Ranah - Sorotan Ilmiah Perkhidmatan Awam

366 Varia Ranah: Sorotan Ilmiah Perkhidmatan Awam Oleh itu, sudah tiba masanya supaya kemudahan yang hendak ditambah baik atau kemudahan baharu yang hendak diperkenalkan dalam perkhidmatan awam perlu turut mengambil kira keperluan Generasi Z. Ini adalah untuk memastikan perkhidmatan awam kekal relevan merentas generasi dan mampu menarik dan mengekal bakat terbaik dari kalangan Generasi Z. Antara kemudahan yang boleh dilihat semula untuk penambahbaikan ialah kemudahan cuti menjaga anak. Pada ketika ini, kemudahan berkenaan hanya diberi kepada kaum wanita. Namun selaras dengan tugas penjagaan anak adalah tanggungjawab bersama, maka adalah lebih elok ia tidak hanya diletak di atas bahu kaum wanita, tetapi juga kaum lelaki memandangkan semakin ramai kaum wanita yang memasuki alam pekerjaan untuk mengukuhkan pendapatan keluarga. Oleh itu kemudahan cuti menjaga anak dilihat semula untuk turut dipanjangkan kepada pegawai lelaki dengan mematuhi syarat- syarat yang ditetapkan. Sementara itu beberapa kemudahan baharu boleh difikirkan untuk diperkenalkan dengan mengambil kira kepesatan perkembangan teknologi maklumat dan era Revolusi Industri 4.0 yang semakin meluas adalah seperti berikut: 1. Waktu Bekerja Padat Seminggu – pegawai diberi kelulusan untuk bekerja separuh hari pada hari bekerja tertentu dengan menggantikan masa bekerja pada hari yang lain dalam minggu yang sama untuk mencukupkan jumlah bekerja seminggu; 2. Telekerja ( Telecommuting ) – pegawai diberi kelulusan untuk bertugas dari rumah atau mana-mana lokasi yang dipersetujui oleh Ketua Jabatan dengan menggunakan teknologi maklumat dan komunikasi sebagai pemudahcara;

RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy