Varia Ranah - Sorotan Ilmiah Perkhidmatan Awam

365 Varia Ranah: Sorotan Ilmiah Perkhidmatan Awam Keberkesanan Pelaksanaan 3K di Sektor Awam Sebenarnya begitu banyak kemudahan yang telah diperkenalkan oleh Kerajaan untuk menyokong 3K di sektor awam. Namun, persoalan yang timbul ialah adakah kemudahan-kemudahan berkenaan memberi manfaat kepada kumpulan sasar iaitu penjawat awam itu sendiri dalam mengimbangi kerjaya dan kehidupan mereka. Walaupun tiada kajian terperinci bagi mengenalpasti hubungkait antara setiap kemudahan yang diperkenalkan dengan 3K, namun dapatan kajian Indeks Keterlibatan Perkhidmatan Awam Persekutuan menunjukkan penjawat mempunyai persepsi positif tentang keseimbangan kerjaya dan kehidupan. Di bawah tema Sumber Beban Kerja, skor yang diperoleh melalui kenyataan “Saya mencapai keseimbangan yang baik antara kehidupan kerja dan kehidupan peribadi saya” ialah 73% pada tahun 2018, meningkat 0.01% berbanding tahun 2015 iaitu 72.9%. Secara umum, dapatan ini boleh diandaikan bahawa wujud keseimbangan yang baik antara kerjaya dan kehidupan dalam perkhidmatan awam. Namun, kajian lebih mendalam perlu dilakukan untuk membuktikan bahawa setiap kemudahan yang diperkenalkan memberi kesan yang positif kepada 3K penjawat awam. Waktu Bekerja Masa Hadapan Generasi Z juga dikenali sebagai generasi milenial. Mereka merupakan generasi yang lahir pada pertengahan dan akhir era 1990-an. Pada tahun 2020, mereka berumur dalam linkungan pertengahan 20-an dan telah mula memasuki alam pekerjaan. Berdasarkan statistik yang dikeluarkan oleh JPA (2018), seramai 35,951 (2.8%) pegawai terdiri daripada mereka yang berumur antara 19 hingga 25 tahun. Daripada jumlah tersebut, seramai 6,236 (17.3%) pegawai mengisi jawatan Kumpulan Pengurusan dan Professional dan selebihnya iaitu 29,715 (82.7%) pegawai mengisi jawatan Kumpulan Sokongan. Pastinya jumlah berkenaan akan terus meningkat pada tahun- tahun yang mendatang.

RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy