Varia Ranah - Sorotan Ilmiah Perkhidmatan Awam

xl Varia Ranah: Sorotan Ilmiah Perkhidmatan Awam melalui surat arahan bertarikh 17 Mac 2020 dengan jelas menyatakan bahawa semua pegawai diarahkan untuk Bekerja Dari Rumah (BDR) dan boleh diarahkan untuk ke pejabat oleh Ketua Jabatan jika perlu. Walaupun pegawai awam berdepan dengan cabaran melaksanakan tugas hakiki di rumah, mereka juga perlu akur dengan arahan yang dikeluarkan memandangkan terikat dengan Peraturan-Praturan Pegawai Awam (Kelakuan dan Tatatertib) 1993 [P.U.(A) 395/1993]. Banyak persoalan yang dilontarkan melalui media sosial seperti Facebook dan Twitter sekaligus memaparkan kebimbangan rakyat secara umum untuk duduk di rumah diam-diam tetapi masih perlu menjalankan amanah yang ditugaskan. Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) yang cakna dengan situasi tersebut telah pun mengeluarkan senarai soalan lazim berkaitan urusan pengurusan sumber manusia sebagai garis panduan asas. Setelah melalui fasa genting sepanjang PKP 1 sehingga Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) yang tamat pada 9 Jun 2020, JPA perlu melihat sisi-sisi di mana polisi- polisi baharu yang berkemungkinan perlu dikeluarkan sebagai panduan dan arahan dalam membendung penularan wabak ini. POIN NYATA • Fasa pengurusan perubahan memerlukan kepada kesediaan secara mental terutamanya dalam memastikan kesihatan mental pegawai awam berada di tahap yang optimum di sebalik mendepani krisis COVID-19 • Ketiadaan perkakasan, peranti mudah alih dan capaian internet yang kurang stabil optimum boleh menjadikan seseorang kurang bermotivasi untuk menjalankan kerjanya dan menjejaskan produktiviti • COVID-19 telah mengubah cara kerja pegawai awam. ia menguji kompetensi dan kapabiliti seseorang dalam mempersiapkan diri dalam memberi perkhidmatan secara digital dan berintegriti Siti Rohanis binti Mohamad Roze Kerangka Konseptual Kesediaan Penjawat Awam Di Putrajaya Terhadap Pelaksanaan Teknologi Baharu Dalam Amalan Pekerjaan Seharian ABSTRAK Adaptasi teknologi baharu dalam kehidupan masa kini seharusnya dimanfaatkan oleh semua pihak khususnya penjawat awam. Ini kerana penjawat awam adalah merupakan nadi utama terhadap bangun jatuhnya sesebuah negara. Perbincangan ini adalah berkaitan dengan kepentingan kesediaan penjawat awam terhadap pelaksanaan teknologi baharu. Perbincangan ini turut mengemukakan teori-teori berkaitan dengan penerimaan pelaksanaan teknologi baharu iaitu Teori Pemikiran Kawalan Adaptif (Adaptive Control of Thought Theory) dan juga Model Penerimaan Teknologi (Technology Acceptance Model). Daripada teori-teori yang dinyatakan ini akan menghasilkan sebuah kerangka konseptual yang boleh dijadikan sebagai asas kepada penyelidikan yang bakal dijalankan kelak.

RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy