Varia Ranah - Sorotan Ilmiah Perkhidmatan Awam

364 Varia Ranah: Sorotan Ilmiah Perkhidmatan Awam 2) cuti tanpa rekod untuk menghadiri mesyuarat Majlis Bersama Kebangsaan dan Majlis Bersama Jabatan – untuk memberi peluang kepada pegawai perkhidmatan awam menyertai mesyuarat tersebut memandangkan kedua-dua mesyuarat berkenaan merupakan medium komunikasi antara pihak pekerja dengan pihak pengurusan dalam menyuarakan pendapat, pandangan serta menyumbang idea-idea yang bernas demi kepentingan dan kebaikan organisasi; 3) cuti menghadiri latihan/ khemah tahunan pertubuhan/ persatuan – untuk memberi ruang kepada pegawai yang menjadi ahli mana- mana pertubuhan atau persatuan menghadiri kursus latihan atau khemah tahunan pertubuhan atau persatuan yang telah diisytiharkan oleh Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam dari semasa ke semasa; 4) cuti mengambil bahagian dalam sukan atau olahraga – memberi peluang kepada pegawai yang dipilih untuk mengambil bahagian dalam sebarang perlawanan sukan atau olahraga di peringkat negeri, negara atau antarabangsa; 5) cuti latihan pasukan sukarela – terpakai kepada pegawai yang dikehendaki menghadiri latihan atau khemah tahunan pasukan- pasukan sukarela yang diperakukan; dan 6) cuti bagi pegawai yang dipilih untuk mengambil bahagian dalam lawatan kebudayaan dan pertandingan bulan bahasa kebangsaan – diberi kepada pegawai yang terpilih untuk menyertai rombongan kebudayaan anjuran Kementerian Belia dan Sukan dan Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya.

RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy