Varia Ranah - Sorotan Ilmiah Perkhidmatan Awam

363 Varia Ranah: Sorotan Ilmiah Perkhidmatan Awam 4) Cuti Tanpa Rekod Perayaan Vaisakhi – diberi kepada pegawai beragama Sikh; 5) Cuti Tanpa Rekod Sempena Perayaan Hari Deepavali – diberi kepada pegawai beragama Hindu; 6) Cuti Tanpa Rekod Sempena Perayaan Good Friday – diberi kepada pegawai beragama Kristian; dan 7) Cuti Tanpa Rekod Sempena Tahun Baru Siam (Songkran) – diberi kepada pegawai berketurunan Siam. v) Urusan kemasyarakatan/sukan/kebudayaan Kemudahan yang disediakan kepada penjawat awam tidak hanya tertumpu untuk memenuhi keperluan diri sendiri dan keluarga. Ia turut mencakupi menyediakan kemudahan dan memberi ruang kepada pegawai untuk terus bergiat aktif dalam program kemasyarakatan, sukan dan kebudayaan. Pendekatan ini memberi peluang kepada penjawat awam untuk berbakti kepada masyarakat, menggilap kemahiran yang dimiliki dan mengisi aktivti-aktiviti berfaedah di luar waktu bekerja dan terus berbakti untuk pembangunan sukan negara. Bagi mendorong penjawat awam kekal aktif di luar waktu bekerja, aktiviti luar merupakan salah satu elemen yang dinilai di dalam Laporan Nilaian Prestasi Tahunan (LNPT) dengan membawa wajaran sebanyak 5%. Kemudahan yang diberikan kepada penjawat awam kepada mereka yang terlibat dengan aktiviti kemasyarakatan dan sukan adalah seperti di bawah: 1) cuti menghadiri mesyuarat persatuan ikhtisas – bagi membolehkan pegawai menghadiri mesyuarat-mesyuarat persatuan ikhtisas meliputi mesyuarat agung tahunan dan mesyuarat agung luar biasa;

RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy