Varia Ranah - Sorotan Ilmiah Perkhidmatan Awam

362 Varia Ranah: Sorotan Ilmiah Perkhidmatan Awam 4) Cuti Tibi, Barah dan Kusta – diberi kepada pegawai yang disahkan mengidap penyakit tibi, kusta atau barah atau lain-lain penyakit yang setaraf dengannya setelah mendapat pengesahan dari Lembaga Perubatan; dan 5) Cuti Tanpa Rekod Menderma Organ – diberi kepada pegawai menderma organ dengan kadar yang boleh diluluskan adalah mengikut tempoh yang diperakukan oleh pegawai perubatan pakar atau tidak melebihi 42 hari, mengikut yang mana lebih rendah termasuk hari rehat mingguan, hari kelepasan mingguan dan hari kelepasan am, bermula dari tarikh pegawai dibenarkan pulang ke rumah bagi menjalani proses pemulihan. iv) Cuti Untuk Urusan Keagamaan Penjawat awam terdiri dari pelbagai kaum dengan anutan agama yang berbeza. Setiap agama pula mempunyai hari-hari kebesaran masing- masing dan perlu diraikan oleh para penganutnya. Sejajar dengan Perlembagaan Persekutuan bahawa Islam ialah Agama Persekutuan, tetapi agama-agama lain boleh diamalkan, Kerajaan turut memberi kemudahan cuti kepada penjawat awam supaya mereka dapat mengamalkan dan meraikan kepercayaan masing-masing dengan aman dan selesa. Antara kemudahan cuti yang diberi mengikut kepercayaan agama masing-masing adalah seperti berikut: 1) Cuti Haji dan Umrah – diberikan kepada pegawai beragama Islam; 2) Cuti Keagamaan – diberikan kepada pegawai bukan beragama Islam untuk mengunjungi dan melaksanakan aktiviti keagamaan di tempat-tempat keagamaan mengikut agama dan kepercayaan masing-masing; 3) Cuti Tanpa Rekod Sempena Pesta Kaamatan Dan Hari Gawai – diberi kepada pegawai kelahiran Sabah atau Wilayah Persekutuan Labuan (untuk menyambut Pesta Kaamatan) dan pegawai kelahiran Sarawak (untuk menyambut Hari Gawai);

RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy