Varia Ranah - Sorotan Ilmiah Perkhidmatan Awam

361 Varia Ranah: Sorotan Ilmiah Perkhidmatan Awam 6) Cuti Tanpa Gaji Bagi Pegawai Yang Mengikut Pasangan Mereka Bertugas Atau Berkursus Di Dalam Atau Luar Negeri – diberikan atas dasar keperluan pegawai untuk berada bersama pasangan bagi membolehkan pasangan menumpukan perhatian sepenuhnya kepada tugas atau kursus selaras dengan usaha melahirkan masyarakat penyayang. iii) Urusan Kesihatan Evans, Barer dan Marmor (1994) menyatakan kesihatan mempunyai impak yang sangat besar terhadap kebahagiaan hidup dan kemahiran kerja individu. Kesihatan juga memberi kesan langsung kepada produktiviti kerja seseorang individu. Mary (2003) pula menganggarkan bahawa sebanyak 13% daripada jumlah tenaga kerja mengalami kehilangan produktiviti akibat daripada pekerja yang tidak sihat. Oleh yang demikian, Kerajaan turut menyediakan pelbagai kemudahan cuti kepada pegawai yang tidak sihat atau sakit supaya mereka dapat pulih sepenuhnya sebelum kembali cergas untuk bekerja. Antara kemudahan yang diberi ialah: 1) Cuti Sakit –bertujuan untuk membolehkan pegawai yang tidak sihat untuk bertugas, berehat di rumah atau hospital untuk memulihkan kesihatannya. Sekiranya pegawai masih tidak sembuh mengikut tempoh yang ditetapkan, pegawai boleh mendapat Cuti Sakit Lanjutan setelah mendapat pengesahan dari Lembaga Perubatan; 2) Cuti Kerantina – diberi kepada pegawai yang ditahan di mana-mana pusat kerantina dari perjalanan balik ke Malaysia dari luar negeri (kerana terdapat wabak penyakit berjangkit) di negara itu, dalam perjalanan melalui pelabuhan atau lapangan terbang. Cuti ini juga boleh diberikan kepada pegawai jika pegawai berkurung di rumah kerana wabak penyakit berlaku di rumah; 3) Cuti Kecederaan – diberi kepada pegawai yang tercedera semasa menjalankan tugas;

RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy