Varia Ranah - Sorotan Ilmiah Perkhidmatan Awam

360 Varia Ranah: Sorotan Ilmiah Perkhidmatan Awam Sementara itu antara cuti yang diperkenalkan agar pegawai dapat meluang masa, mengurus dan menjaga kebajikan hal ehwal keluarga ialah: 1) Cuti Bersalin – seseorang pegawai yang bersalin layak mendapat cuti bersalin bergaji penuh sebanyak 360 hari sepanjang tempoh perkhidmatannya. Pegawai juga diberi fleksibiliti untuk menentukan sendiri tempoh cuti antara 60 hari hingga 90 hari bagi setiap kelahiran; 2) Cuti Isteri Bersalin – diberikan kepada pegawai lelaki yang isterinya bersalin dengan cuti yang diluluskan selama tujuh hari sebagai cuti tanpa rekod bermula pada tarikh isteri pegawai bersalin. Kemudahan ini dihadkan kepada lima kali sepanjang tempoh perkhidmatan pegawai; 3) Cuti Menjaga Anak – diberikan kepada pegawai wanita secara tanpa gaji bagi tujuan menjaga dan menyusukan anaknya, anak tiri tanggungan, anak angkat de facto , anak angkat yang diambil mengikut undang-undang atau anak pelihara. Tempoh masa yang dibenarkan adalah terhad sehingga satu tahun sepanjang tempoh perkhidmatan atau sehingga anak mencapai umur lima tahun, mengikut mana yang terdahulu; 4) Cuti Kuarantin – diberikan kepada pegawai yang anaknya menghidap penyakit berjangkit dan perlu dikuarantin berdasarkan senarai penyakit yang diluluskan oleh Kementerian Kesihatan; 5) Cuti Urusan Kematian Ahli Keluarga Terdekat – diberikan kepada pegawai yang kematian ahli keluarga terdekat selama tiga hari. Keluarga terdekat bermaksud suami atau isteri, anak-anak, ibu dan bapa kandung ibu dan bapa mertua, ibu dan bapa angkat yang sah di sisi undang-undang serta anak angkat (termasuk anak angkat de facto dan anak pelihara) yang sah di sisi undang-undang kepada pegawai berkenaan; dan

RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy