Varia Ranah - Sorotan Ilmiah Perkhidmatan Awam

359 Varia Ranah: Sorotan Ilmiah Perkhidmatan Awam ii) Urusan Peribadi Dan Keluarga Sebagai seorang yang normal, selain urusan kerja, penjawat awam juga kadangkala memerlukan masa untuk menguruskan hal-hal peribadi dan keluarga. Kehidupan peribadi dan keperluan keluarga yang gagal diurus dengan baik atau tidak dapat dipenuhi juga akan mampu memberi kesan kepada prestasi pegawai. Ini adalah kerana keluarga merupakan elemen penting dan memainkan peranan kepada kemajuan dan kejayaan seseorang pegawai. Oleh yang demikian, di dalam perkhidmatan awam, Kerajaan turut menyediakan pelbagai kemudahan cuti supaya pegawai dapat melapangkan masa untuk memenuhi tuntutan peribadi dan keluarga. Pada dasarnya, kemudahan cuti termaktub di dalam Perintah Am Bab C yang dikuatkuasakan pada 1 Januari 1974 bagi menggantikan Perintah Am Bab C 1957. Pelbagai jenis cuti diperkenalkan dengan tujuan-tujuan yang tertentu termasuklah bagi urusan peribadi dan keluarga. Antara cuti yang diberikan bagi urusan peribadi termasuklah: 1) Cuti Rehat – bermaksud cuti bergaji penuh yang diberi kerana perkhidmatan yang melayakkan dalam sesuatu tahun, dari bulan Januari hingga Disember. Cuti rehat tahunan diberi untuk tujuan kecekapan dan kepentingan pegawai sebanyak 20-35 hari bergantung kepada kumpulan perkhidmatan, gred pegawai serta tarikh lantikan pegawai; dan 2) Cuti Tanpa Gaji Bagi Urusan Peribadi – diberikan kepada pegawai untuk menyelesaikan urusan-urusan peribadi yang mustahak sama ada di dalam atau di luar negeri. Jumlah cuti yang boleh diluluskan ialah sebanyak 30 hari bagi tiap-tiap genap tahun perkhidmatan tetapi tidak melebihi 360 hari. Kerajaan turut menyediakan pelbagai kemudahan cuti supaya pegawai dapat melapangkan masa untuk memenuhi tuntutan peribadi dan keluarga

RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy