Varia Ranah - Sorotan Ilmiah Perkhidmatan Awam

358 Varia Ranah: Sorotan Ilmiah Perkhidmatan Awam Manakala pegawai yang perlu meninggalkan pejabat dalam waktu bekerja bagi tujuan menyelesaikan urusan persendirian juga dibenarkan untuk berbuat demikian dengan mematuhi prosedur ditetapkan. Tempoh maksimum yang dibenarkan hendaklah tidak melebihi 4 jam sehari atau separuh dari waktu bekerja sehari (tidak termasuk waktu rehat). Jika tempoh meninggalkan pejabat melebihi dari tempoh maksimum yang ditetapkan pada hari tersebut, pegawai dikehendaki mengambil Cuti Rehat atau cuti lain yang berkelayakan. Selaras dengan keprihatinan berterusan terhadap pegawai wanita, Kerajaan juga memberi kebenaran pulang awal satu jam kepada pegawai wanita yang mengandung lima bulan dan ke atas. Kemudahan ini diberi demi kebajikan dan keselamatan pegawai wanita. Kemudahan ini juga dipanjangkan kepada suami yang merupakan pegawai Perkhidmatan Awam dan bekerja di lokasi yang berdekatan supaya dapat pulang bersama isterinya bagi membolehkan suami membantu isteri semasa dalam perjalanan. Ketika dunia sedang dilanda wabak COVID-19, tidak terkecuali Malaysia, Kerajaan tetap memastikan kebajikan penjawat awam kekal terjaga. Oleh itu Kerajaan mengeluarkan arahan bekerja dari rumah bagi perkhidmatan bukan penting berikutan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP). Ini adalah untuk memastikan jentera Kerajaan terus berfungs, kesihatan pegawai terus terjamin dan rantaian COVID-19 dapat diputuskan. Ketika Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) dimana Pejabat Kerajaan beroperasi sepenuhnya, namun kebenaran bekerja dari rumah masih diteruskan yang dilaksanakan secara fleksi supaya ibu bapa masih dapat mengurus penjagaan anak yang berusia 12 tahun ke bawah sebaiknya ketika pusat jagaan kanak- kanak dan sekolah masih belum dibuka.

RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy