Varia Ranah - Sorotan Ilmiah Perkhidmatan Awam

357 Varia Ranah: Sorotan Ilmiah Perkhidmatan Awam i) Waktu Bekerja Fleksi Waktu bekerja merupakan salah satu perintah yang terkandung dalam Perintah-perintah Am Bab G yang dikeluarkan pada tahun 1974. Secara umumnya, pada ketika itu waktu bekerja bermula dari pukul 8.00 pagi dan tamat pada pukul 4.15 petang. Bagi memberi peluang kepada pegawai untuk meluangkan lebih masa bersama keluarga Kerajaan melaksanakan lima hari bekerja seminggu mulai 1 Julai 2005. Kemudian Kerajaan mula memasukkan elemen fleksibiliti bagi waktu bekerja dengan memperkenalkan Waktu Bekerja Berperingkat (WBB) pada tahun 2007. Pegawai dibenarkan untuk memilih salah satu dari 3 waktu peringkat iaitu WP1, WP2 atau WP3. WBB ditambah baik pada tahun 2017 dengan memperkenalkan WP4. Selaras dengan Kajian Separuh Penggal Rancangan Malaysia Kesebelas, Kerajaan bersetuju menambah baik aturan kerja sedia ada daripada persekitaran kerja yang tegar kepada persekitaran kerja yang fleksibel dengan melaksanakan Waktu Bekerja Fleksibel (WBF) di agensi Kerajaan Persekutuan bermula 1 Ogos 2019. Pegawai diberi fleksibiliti untuk hadir bekerja dalam tempoh waktu masuk dan waktu pulang yang ditetapkan, dengan syarat memenuhi tempoh waktu bekerja sehari iaitu selama 8 jam tidak termasuk waktu rehat selama 1 jam. Kerajaan juga memberi fleksibiliti kepada pegawai dengan mengurangkan waktu rehat selama 30 minit dalam bulan Ramadan bagi membenarkan pegawai meninggalkan pejabat 30 minit lebih awal. Selain itu, pegawai yang mempunyai anak-anak kurang upaya (OKU) dibenarkan menggunakan waktu bekerja biasa untuk menguruskan kebajikan dan keperluan anak-anak mereka. Namun, pegawai dikehendaki untuk mengganti semula masa yang telah digunakan untuk menyelesaikan tugas hakikinya supaya perkhidmatan Kerajaan tidak terjejas. Pegawai yang mempunyai anak-anak kurang upaya (OKU) dibenarkan menggunakan waktu bekerja biasa untuk menguruskan kebajikan dan keperluan anak- anak mereka

RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy