Varia Ranah - Sorotan Ilmiah Perkhidmatan Awam

356 Varia Ranah: Sorotan Ilmiah Perkhidmatan Awam Hasrat tersebut turut disambut oleh timbalan beliau, YB Hanna Yeoh yang menekankan bahawa keseimbangan kerjaya dan kehidupan merupakan satu kemestian sebagai persediaan masa depan untuk pekerja di Malaysia. Menurut beliau, salah satu cara untuk melahirkan tenaga kerja yang dinamik dan bersedia untuk masa hadapan adalah melalui pelaksanaan amalan keseimbangan kerja dan kehidupan ( work-life practices atau WLP). Beliau berpandangan WLP boleh mewujudkan sinergi antara kehidupan peribadi dan pekerjaan dan seterusnya menghasilkan produktiviti yang lebih baik. Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam yang bertanggungjawab dalam pengurusan sumber manusia sektor awam juga menyatakan tentang keperluan untuk mengekalkan keseimbangan antara kehidupan kerjaya dan peribadi pegawai. Melalui twitter Jabatan Perkhidmatan Awam yang disiarkan pada 29 Mei 2019, Datuk Seri Borhan Dolah, mantan KPPA menekankan tentang perlunya penjawat awam untuk mengekalkan keseimbangan antara kehidupan kerjaya dan peribadi dengan mengenal pasti keutamaan dan peranan seseorang pegawai di dalam organisasi dan keluarga. Kemudahan-kemudahan Yang Menyokong 3K di Sektor Awam Semenjak dasar 3K diperkenalkan melebihi 4 dekad yang lalu, pelbagai kemudahan telah diperkenalkan demi manfaat penjawat awam yang dapat memenuhi tuntutan keperluan yang menyeluruh meliputi keperluan diri pegawai, keluarga, kesihatan, kerohanian dan kemasyarakatan. Kemudahan tersebut boleh dipecahkan kepada 5 kategori seperti berikut iaitu: i) waktu bekerja fleksi; ii) urusan peribadi dan keluarga; iii) urusan kesihatan; iv) urusan keagamaan; dan v) urusan kemasyarakatan/sukan;

RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy