Varia Ranah - Sorotan Ilmiah Perkhidmatan Awam

355 Varia Ranah: Sorotan Ilmiah Perkhidmatan Awam Perkhidmatan awam Malaysia juga sentiasa cakna dengan menyediakan keperluan dan kemudahan kepada penjawat awam agar kehidupan mereka kekal seimbang. Oleh itu, dasar 3K juga sebenarnya telah lama dilaksanakan seawal tahun 1960-an. Ini boleh dilihat melalui pelaksanaan peraturan- peraturan di bawah Perintah-perintah Am terutamanya Perintah Am Bab C (Cuti) dan Perintah Am Bab G (Waktu Bekerja dan Lebih Masa). Bersesuaian dengan perkembangan semasa, kemudahan-kemudahan yang terdapat dalam Perintah Am ini diperluaskan, ditambah baik atau diperjelaskan melalui pekeliling, surat pekeliling dan surat edaran yang dikeluarkan dari semasa ke semasa. Selain itu, kemudahan-kemudahan baharu mengenai 3K juga diperkenalkan melalui Sistem Saraan yang diperkenalkan dari semasa ke semasa. Pelaksanaan 3K di sektor awam sentiasa selari dengan dasar-dasar semasa negara. Sebagai contoh, di bawah kajian Separuh Penggal Rancangan Malaysia ke-11, Tonggak 4 Bidang keutamaan B, pelaksanaan aturan kerja fleksibel merupakan inisiatif yang diperkenalkan bagi meningkatkan penyertaan wanita dalam tenaga buruh. Melalui inisiatif ini, Kerajaan telah memperkenalkan Waktu Bekerja Fleksi (WBF) dalam perkhidmatan awam mulai 1 Ogos 2019. Pelaksanaan dasar ini juga sentiasa mendapat perhatian dan sokongan para pemegang taruh ( stakeholders ). Antaranya Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail Timbalan Perdana Menteri yang merangkap Menteri Pembangunan Wanita Keluarga dan Masyarakat, yang menekankan kepentingan keseimbangan dalam kerjaya dan pengurusan rumah tangga agar anggota keluarga tidak terkesan akibat daripada kesibukan ibu bapa bekerja. Beliau menjelaskan “kita mahu memastikan setiap anggota keluarga saling menyayangi dan meluangkan masa bersama supaya anak-anak kita tidak terbabit dengan sebarang gejala sosial”.

RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy