Varia Ranah - Sorotan Ilmiah Perkhidmatan Awam

xxxix Varia Ranah: Sorotan Ilmiah Perkhidmatan Awam pengguna kepada media sosial atas kapasiti peribadi dan rasmi. Corak penggunaan media sosial ini adalah bebas dan tidak terbatas liputannya. Perkara ini menjadi persoalan samada larangan ke atas penjawat awam terpakai dalam konteks membuat pernyataan umum dan menerima ucapan tahniah dan terima kasih atas sesuatu penghargaan daripada rakan atau followers media sosial dan perlu dikaji semula kepentingan dan implikasinya secara tuntas. POIN NYATA • Penjawat awam adalah dilarang membuat sebarang pernyataan awam - Perkara 19, P.U.(A)395/1993 • Pegawai awam adalah dilarang dari memberikan kebenaran bagi ucapan-ucapan tahniah/terima kasih/takziah yang menyentuh diri pegawai untuk disiarkan di akhbar-akhbar atau mana-mana media massa - Perenggan 16, PP3/1998 • Penggunaan media sosial seperti Facebook, Twitter, YouTube, Blog, Whatsapp dan medium interaksi lain kini merupakan satu medium yang diiktiraf menjadi satu amalan termasuk oleh jabatan kerajaan dalam menyampaikan maklumat sepertimana penggunaan media konvensional lain • P.U.(A) 395/1993 dan PP 3/1998; masing-masing telah berusia 27 tahun dan 22 tahun manakala penggunaan media sosial hanya baharu muncul dalam tempoh 12 tahun lepas • Ucapan tahniah ke atas kenaikan pangkat dan anugerah pingat kebesaran kepada pegawai-pegawai melalui media sosial jabatan lazim dilakukan pada masa ini. Sekiranya perkara ini bercanggah dengan perenggan 16 PP3/1998, penjawat awam perlu diberi kesedaran. • Dan sekiranya perbuatan ini dianggap boleh diterima pada masa kini, maka sesuatu perlu dilakukan terhadap peraturan yang sedang berkuatkuasa. Siti Athirah binti Saharudin Cabaran Bekerja Dari Rumah Sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan Bagi Penjawat Awam ABSTRAK Wabak Coronavirus 2019 atau COVID-19 yang bermula di Wuhan, sebuah bandaraya di wilayah Hubei China telah disahkan dijumpai pada pertengahan November tahun 2019. Pertubuhan Kesihatan Dunia atau WHO (2020) telah mengumumkan pandemik pada 11 Mac 2020 di mana telah pun melibatkan 215 buah negara. Mengambil langkah proaktif dan menjaga kemaslahatan rakyatnya, Perdana Menteri Malaysia, YAB Tan Sri Muhyiddin Yassin telah mengumumkan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) bermula 18 Mac 2020. Bagi mengurangkan penularan wabak ini, hanya perkhidmatan- perkhidmatan asas dibenarkan beroperasi demi memastikan keperluan orang ramai tidak terjejas. Sektor perkhidmatan awam,

RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy