Varia Ranah - Sorotan Ilmiah Perkhidmatan Awam

354 Varia Ranah: Sorotan Ilmiah Perkhidmatan Awam Sementara itu, sebuah firma perunding kesihatan, Vynamic melaksanakan dasar “ zzzMail ”. Syarikat tidak digalakkan untuk menghantar emel selepas waktu pejabat, iaitu antara pukul 10 malam hingga 6 pagi dan ketika cuti hujung minggu. Melalui dasar ini, pekerja dapat fokus dengan urusan lain. Perpetual Guardian pula melaksanakan waktu bekerja lebih pendek iaitu 4 hari seminggu (32 jam) namun mereka kekal dibayar gaji seolah-olah bekerja selama 42 jam seminggu. Melalui dasar ini, pekerja dapat menikmati cuti lebih lama untuk manfaat diri sendiri, keluarga atau masyarakat. Dan kajian yang dijalankan menunjukkan pekerja lebih gembira dan lebih bertenaga bila kembali untuk bekerja. Pekerja juga menjadi lebih kreatif untuk kekal produktif walau dengan tempoh bekerja lebih singkat seperti memendekkan tempoh mesyuarat dari 2 jam kepada hanya 30 minit. 3K Di Sektor Awam Secara umumnya 3K turut dilaksanakan di Malaysia. Akta Kerja 1955 dengan jelas menyatakan setiap pekerja berhak untuk mendapat kemudahan- kemudahan berikut: 1) sekurang-kurangnya satu hari rehat mingguan bergaji (Seksyen 59 (1); 2) sekurang-kurangnya 11 hari Cuti Kelepasan Am bergaji (Seksyen 60D); 3) Cuti Tahunan bergaji mengikut tempoh perkhidmatan (Seksyen 60E); 4) Cuti Sakit bergaji mengikut tempoh perkhidmatan (Seksyen 60F; dan 5) Cuti Bersalin bergaji selama 60 hari dan elaun bersalin (Seksyen 37 - 41). Majikan yang gagal mematuhi apa-apa peraturan di bawah akta ini boleh dikenakan tindakan di bawah Seksyen 7(a) dan jika disabit kesalahan boleh didenda sehingga RM10,000. Matlamat utama kemudahan cuti berkenaan diperkenalkan pastinya agar setiap pekerja mempunyai masa yang memadai untuk memenuhi keperluan diri dan keluarga yang secara tidak langsung menyokong kepada 3K.

RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy