Varia Ranah - Sorotan Ilmiah Perkhidmatan Awam

353 Varia Ranah: Sorotan Ilmiah Perkhidmatan Awam Beberapa negara pula menetapkan dasar melarang para majikan untuk menghubungi pekerja mereka di luar waktu kerja. Kerajaan Peranchis sebagai contoh telah memperkenalkan undang-undang “ The Right to Disconnect ” sebagai salah satu langkah untuk menyokong pelaksanaan 3K. Melalui undang-undang ini, pekerja tidak berkewajipan untuk memberi maklumbalas kepada emel atau panggilan telefon yang mereka terima daripada majikan selepas waktu bekerja. Mereka juga dibenarkan untuk tidak membawa pulang tugasan pejabat ke rumah. Oleh itu, pihak majikan perlu berfikir dengan lebih kreatif supaya dalam keadaan pekerja mereka tidak boleh diganggu dalam tempoh tertentu, tetapi urusan operasi pejabat tidak terjejas. Kerajaan Itali melalui " Agreement of Aggregate Work " dan Kerajaan Filipina melalui “ Labour Code ” juga mengambil pendekatan hampir sama di mana pihak pekerja digalakkan untuk menumpukan kepada perkara lain selepas tamat waktu bekerja. Namun, larangan berkenaan tidak bersifat mutlak dan merupakan satu pilihan kepada pekerja. Sekiranya pekerja masih merasakan bahawa mereka perlu meneruskan tugas mereka selepas waktu pejabat, mereka berhak untuk berbuat demikian. Pelaksanaan 3K turut dilaksanakan oleh syarikat ternama dunia. Antaranya syarikat pemaju perumahan Keller Williams Realty dengan memberi kebebasan kepada pekerjanya untuk memilih waktu bekerja yang sesuai dan fleksibel dengan jadual masing-masing. Pekerja juga diberi kebebasan untuk bekerja mengikut berapa banyak pendapatan yang mereka hendak jana. Begitu juga Cisco , sebuah syarikat teknologi maklumat, yang menggalakkan pekerjanya untuk bekerja dari rumah. Pelaksanaan ini telah memberi manfaat kepada 80,000 orang pekerjanya. Memanfaatkan dan menggunakan teknologi terkini begitu dititiberatkan dalam memastikan kolaborasi dan kesaling hubungan antara pekerja dapat dikekalkan dan tugasan dapat dilaksanakan dengan lancar. Kebaikan 3K ▪ memberi kebebasan kepada pekerjanya untuk memilih waktu bekerja yang sesuai dan fleksibel dengan jadual masing-masing ▪ menggalakkan pekerjanya untuk bekerja dari rumah

RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy