Varia Ranah - Sorotan Ilmiah Perkhidmatan Awam

352 Varia Ranah: Sorotan Ilmiah Perkhidmatan Awam Tekanan yang dialami oleh pekerja juga boleh mendorong mereka untuk mengambil lebih banyak cuti sakit berbanding mereka yang seronok dengan pekerjaan mereka. Malah perkongsian dapatan oleh Forbes mendapati ketidakhadiran yang tidak dirancang boleh meningkatkan kos kepada syarikat. Oleh itu, pelaksanaan 3K boleh menjadi pemangkin kepada kehidupan yang lebih bermakna dan melahirkan pekerja yang lebih gembira, lebih sihat dan bebas tekanan. PELAKSANAAN 3K 3K Sepintas Lalu Menurut (Robbins & Coulter, 2005; Batt & Valcour, 2003; DeCieriet al., 2005), 3K telah banyak dilaksanakan oleh pelbagai organisasi di negara barat. Pelbagai program diperkenalkan bagi membantu pekerja mereka untuk mengurus kehidupan seharian mereka dengan lebih baik. Antaranya dengan mewujudkan pusat penjagaan kanak-kanak di tempat kerja, memperkenalkan waktu bekerja fleksi, melaksanakan perkongsian kerja, bekerja separuh masa dan telecommuting . Dalam pada itu, beberapa negara juga telah memperkenalkan pelbagai inisiatif 3K dalam usaha membantu golongan pekerja menguruskan kehidupan seharian mereka. Sebagai contoh ialah dengan memperkenalkan waktu bekerja fleksi. Pada tahun 2014, kerajaan United Kingdom telah mengumumkan bahawa mana-mana pekerja yang telah berkhidmat sekurang- kurangnya 26 minggu layak untuk memohon bekerja secara fleksibel dan para majikan perlu menguruskannya dengan sebaiknya untuk memastikan operasi harian syarikat tidak terjejas. Sementara itu, Sanna Marin, Perdana Menteri termuda dunia menyatakan bahawa beliau terbuka dengan idea bekerja selama enam jam sehari atau empat hari seminggu andai idea tersebut hendak dilaksanakan di Finland. Melalui bantuan teknologi yang semakin pesat, beliau yakin pelaksanaannya tidak mengganggu urusan seharian malah dapat meningkatkan produktiviti walau dengan tempoh kerja yang lebih pendek.

RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy