Varia Ranah - Sorotan Ilmiah Perkhidmatan Awam

351 Varia Ranah: Sorotan Ilmiah Perkhidmatan Awam pelaksanaan 3K secara tidak langsung dapat mengurangkan kos majikan akibat daripada kehilangan pekerja. Pengambilan dan pelantikan pekerja baru sebenarnya memberi kesan kepada produktiviti organisasi kerana pekerja baru memerlukan masa untuk mereka mahir dengan pekerjaan mereka. iii) Meningkatkan Keterlibatan Pekerja Pelaksanaan 3K mampu meningkatkan keterlibatan pegawai kepada organisasinya. 3K dapat melahirkan pekerja yang produktif, kreatif, setia dan bermotivasi tinggi. Berdasarkan satu kajian yang dilaksanakan terhadap industri penjagaan kesihatan di Malaysia untuk melihat 4 faktor yang mempengaruhi keterlibatan dalam kalangan pekerja, didapati 3K mempunyai hubung kait terkuat berbanding 3 faktor lain iaitu gaji dan kemudahan, gaya kepimpinan dan komunikasi. Begitu juga satu dapatan kajian di Indonesia bahawa 3K mempunyai hubungan yang kuat dengan keterlibatan golongan pekerja generasi milenial. iv) Mengurangkan Kos Perubatan dan Masalah Ketidakhadiran Mantan Presiden Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja di Dalam Perkhidmatan Awam (CUEPACS), Datuk Azih Muda, pernah berkata bahawa lebih 30% dari kalangan penjawat awam dilaporkan mengalami tekanan akibat daripada tekanan di tempat kerja. Beliau melihat isu ini perlu dipandang serius kerana jika gagal ditangani dengan berkesan pekerja akan kemurungan dan tidak baik kepada Kerajaan kerana golongan ini gagal memberikan perkhidmatan terbaik kepada rakyat serta menjejaskan produktiviti. Tekanan juga sebenarnya menyumbang kepada peningkatan kos perubatan sehingga mencapai 50%. Syarikat insurans menyatakan kemalangan industri akibat daripada stress telah meningkat melebihi dua kali ganda berbanding kemalangan yang tidak dikaitkan dengan masalah tekanan. ▪ 3K dapat melahirkan pekerja yang produktif, kreatif, setia dan bermotivasi tinggi ▪ pelaksanaan dasar 3K yang berkesan juga mampu mengekalkan bakat terbaik dalam sesebuah organisasi

RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy