Varia Ranah - Sorotan Ilmiah Perkhidmatan Awam

350 Varia Ranah: Sorotan Ilmiah Perkhidmatan Awam Pelaksanaan 3K mampu mengelakkan kelesuan. Menurut Professor Madya Dr. Wee Lei Hunn dari Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) menyatakan waktu kerja yang panjang boleh membawa kepada kesukaran untuk mendapat tidur yang berkualiti. Jika dibiarkan berterusan ia boleh mengundang kepada masalah kesihatan seperti diabetes, masalah kegemukan dan sakit jantung. Beliau menambah budaya kerja dalam tempoh masa yang panjang bukanlah satu budaya yang sihat dan perlu dielakkan. ii) Meningkatkan produktiviti dan mengekalkan bakat Keseimbangan kerjaya dan kehidupan mampu meningkatkan produktiviti pekerja. Corporate Executive Board yang mewakili 80% syarikat Fortune 500 mendapati pekerja yang merasakan mereka mengalami keseimbangan dalam kehidupan akan memberikan komitmen 21% lebih tinggi berbanding mereka yang tidak merasainya. Mereka turut mendapati produktiviti pekerja akan meningkat sekiranya majikan menyediakan pelbagai kemudahan untuk mengimbangi kerjaya dan kehidupan. Pelaksanaan dasar 3K yang berkesan juga mampu mengekalkan bakat terbaik dalam sesebuah organisasi. Kajian yang dilaksanakan oleh Hay Group mendapati 1 daripada 4 pekerja (25%) akan meninggalkan majikan mereka dalam tempoh 2 tahun akan datang andai pihak majikan tidak menyediakan dasar 3K. Ini berbeza dengan organisasi yang mempunyai dasar 3K dimana hanya 17% pekerja yang bersedia untuk meninggalkan organisasi mereka. Society for Human Resource Management (SHRM) juga mendapati pengekalan pegawai dalam organisasi dapat ditingkatkan dengan pelaksanaan waktu bekerja anjal sebagai salah satu inisiatif bagi mencapai 3K. Oleh yang demikian, ▪ budaya kerja dalam tempoh masa yang panjang bukanlah satu budaya yang sihat dan perlu dielakkan ▪ pekerja yang merasakan mereka mengalami keseimbangan dalam kehidupan akan memberikan komitmen 21% lebih tinggi berbanding mereka yang tidak merasainya

RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy