Varia Ranah - Sorotan Ilmiah Perkhidmatan Awam
349 Varia Ranah: Sorotan Ilmiah Perkhidmatan Awam Konsep 3K mula berkembang pada akhir tahun 1970-an apabila semakin banyak kesedaran mengenai keperluan kehidupan yang seimbang sama ada di tempat kerja mahupun di rumah. Melalui 3K, bebanan yang ditanggung oleh seseorang di tempat kerja dan konflik peranan dan tanggungjawab dapat dikurangkan. Muhamad Khalil Umar et al. (2015) dalam kajiannya yang bertajuk Workload, Role Conflict and Work-Life Balance Among Employees of Enforcement Agency in Malaysia menyatakan terdapat hubungan yang signifikan antara bebanan kerja dan konflik peranan dengan 3K. Kajian beliau turut mendapati bebanan kerja melampau boleh memberi kesan negatif kepada keseimbangan kehidupan seseorang. Oleh itu, dalam kajian tersebut beliau mencadangkan supaya majikan mengagihkan bebanan kerja secara adil kepada para pekerjanya dan melaksanakan pelbagai program bagi membantu meringankan bebanan yang ditanggung oleh pekerja seperti pelaksanaan waktu kerja fleksibel. Manfaat 3K Pelbagai penemuan menunjukkan pelaksanaan 3K mampu memberi manfaat kepada pekerja dan juga syarikat atau organisasi seperti berikut: i) Mencegah kelesuan ( burn out ) Kelesuan merujuk kepada keletihan emosi, mental dan fizikal akibat daripada stress yang berpanjangan. Sekiranya tidak ditangani ia boleh menjurus kepada tidak produktif sama ada dalam pekerjaan atau dalam kehidupan seharian. Malah bekerja secara melampau ( overworked ) boleh menjejaskan kesihatan. Kajian menunjukkan mereka yang bekerja secara melampau lebih berisiko kepada kegagalan jantung dan lebih terdedah kepada serangan stroke.
Made with FlippingBook
RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy