Varia Ranah - Sorotan Ilmiah Perkhidmatan Awam

348 Varia Ranah: Sorotan Ilmiah Perkhidmatan Awam Pada satu sisi yang lain pula dengan perubahan lanskap kehidupan yang semakin mencabar, memerlukan kita untuk menguruskan kehidupan dengan lebih seimbang demi kesejahteraan kekal terjamin. Kegagalan untuk mencatur kehidupan dengan betul akan memberi kesan yang negatif, seperti mengalami burn out dan boleh menjurus kepada stress yang melampau akibat kegagalan mengurus kehidupan dengan berkesan. Kesan daripada itu, mereka mula menjauhkan diri dari tugasan dan prestasi kerja menurun. Kehidupan peribadi juga boleh terjejas seperti tahap kesihatan yang merosot, hubungan rumahtangga yang tidak harmoni, hubungan kekeluargaan yang semakin longgar dan tidak mengenali jiran tetangga. Oleh itu, ramai majikan memberi penekanan mengenai betapa pentingnya untuk mencapai keseimbangan kerjaya dan kehidupan – 3K ( work-life balance ). 3K bukanlah konsep yang baru malah telah pun dipraktikkan secara meluas di banyak negara. KESEIMBANGAN KERJAYA DAN KEHIDUPAN (3K) Definisi dan Konsep 3K Secara umumnya 3K merujuk kepada keupayaan seseorang individu memberi komitmen dan fokus dalam melaksanakan setiap peranan dan tanggungjawab yang dipikul. Marks dan MacDermid (1996) mendefinisikan 3K apabila seseorang individu dapat memberikan komitmen yang sewajarnya, fokus dan bersikap positif akan pelbagai peranan yang dimainkan. Sementara itu, Kirchmeyer (2000) berpandangan 3K ialah apabila seseorang individu merasa puas dengan pelbagai peranan yang dimainkan dengan mengambil kira pelbagai sumber yang diperlukan seperti masa, tenaga dan komitmen. Pandangan beliau selaras dengan pendapat Clark (2000) dengan merujuk 3K apabila seseorang individu berpuas hati dan dapat melaksanakan tugas dengan baik sama ada di tempat kerja mahupun ketika di rumah. Kegagalan untuk mencatur kehidupan dengan betul akan memberi kesan yang negatif, seperti mengalami burn out dan boleh menjurus kepada stress yang melampau akibat kegagalan mengurus kehidupan dengan berkesan

RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy