Varia Ranah - Sorotan Ilmiah Perkhidmatan Awam

347 Varia Ranah: Sorotan Ilmiah Perkhidmatan Awam PENDAHULUAN Berdasarkan statistik yang dikeluarkan oleh Kementerian Sumber Manusia (Bilangan 1/2020, Mac), penduduk Malaysia adalah seramai 32.6 juta. Seramai 15.07 juta (46.2%) adalah terdiri dari golongan pekerja. Daripada jumlah berkenaan, seramai 5.87 juta (38.9%) merupakan golongan wanita. Sementara itu, seramai 5.01 juta (33.2%) pula berumur dalam lingkungan 40 tahun hingga 60 tahun. Kumpulan ini juga dikenali sebagai “ sandwich generation ”. Ia merujuk kepada mereka yang berada di pertengahan umur dan mempunyai dua tanggungjawab iaitu sebagai ibu-bapa atau penjaga dan pada masa sama perlu menguruskan keperluan ibu bapanya yang semakin lanjut usia. Statistik yang dikeluarkan juga menyatakan seramai 2.47 juta (16.4%) terdiri daripada golongan B40 iaitu mereka yang mempunyai pendapatan isi rumah RM3,000 dan ke bawah sebulan. Sebagaimana sedia maklum, golongan B40 lebih cenderung untuk melakukan lebih dari satu kerja bagi memenuhi keperluan kehidupan akibat kos sara hidup yang semakin meningkat. Menurut Jabatan Perangkaan Malaysia, Indeks Harga Pengguna (IHP) pada Januari 2020 menunjukkan peningkatan sebanyak 1.6% berbanding tempoh yang sama pada tahun 2019. Berdasarkan senario statistik di atas bolehlah digambarkan bahawa setiap seorang daripada kita memainkan pelbagai peranan dan fungsi dalam kehidupan seharian bagi memenuhi tanggungjawab sama ada sebagai pekerja, ketua keluarga, anak mahupun ahli masyarakat setempat. Dan atas desakan kehidupan yang semakin mencabar, sebahagiannya pula perlu melakukan lebih dari satu pekerjaan pada satu-satu masa seperti sebagai pemandu teksi, pemandu Grab, pengawal keselamatan atau penghantar makanan untuk mendapatkan pendapatan tambahan bagi memastikan kelangsungan hidup dapat diteruskan. Setiap seorang daripada kita memainkan pelbagai peranan dan fungsi dalam kehidupan seharian bagi memenuhi tanggungjawab sama ada sebagai pekerja, ketua keluarga, anak mahupun ahli masyarakat setempat

RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy