Varia Ranah - Sorotan Ilmiah Perkhidmatan Awam

346 Varia Ranah: Sorotan Ilmiah Perkhidmatan Awam Keseimbangan Kerjaya Dan Kehidupan ( Work-Life Balance - WLB) Dalam Perkhidmatan Awam Malaysia: Realiti Atau Fantasi Mohd Khairuzaki bin Paiman, M54 ABSTRAK Keseimbangan kerjaya dan kehidupan (3K) merupakan satu fenemona yang pasti dihadapi oleh mereka yang berkarier sama ada di sektor awam mahupun sektor swasta. Menyimbangi antara keduanya bukanlah satu usaha yang mudah lebih-lebih lagi tanggungjawab di tempat kerja dan juga di rumah menuntut pengorbanan yang besar dari segi masa, tenaga dan wang ringgit. Oleh itu, artikel ini ingin membincangkan adakah wujud 3K di sektor awam berdasarkan kemudahan-kemudahan yang diperkenalkan oleh Kerajaan melalui Perintah Am Bab C dan G sebelum dijelaskan lebih lanjut melalui Pekeliling Perkhidmatan, Surat Pekeliling Perkhidmatan dan Surat Edaran. Hasil kajian mendapati amalan 3K telah lama dipraktikkan di seluruh dunia dan mendapat sokongan dari pihak Kerajaan. Dalam konteks perkhidmatan awam Malaysia, pelbagai kemudahan turut diperkenalkan yang sebenarnya mendokong aspirasi 3K. Rujukan yang dibuat mendapati banyak kemudahan kepada penjawat awam memenuhi tuntutan keperluan yang menyeluruh meliputi pelbagai aspek, iaitu untuk diri pegawai, keperluan keluarga, urusan kesihatan, keperluan kerohanian dan tidak ketinggalan urusan kemasyarakatan serta aktiviti sukan. Diharap kajian ini dapat memberi gambaran ringkas kepada pengurus sumber manusia berkenaan kemudahan berkaitan 3K yang terdapat di sektor awam dan boleh dijadikan rujukan panduan oleh mereka yang berminat untuk mengetahuinya. Demi memastikan kemudahan-kemudahan 3K kekal relevan, Kerajaan perlu sentiasa mengkaji, menyemak dan menambah baik kemudahan yang disediakan agar selari dengan perubahan semasa seperti kemasukan Generasi Z ke alam pekerjaan dan kepesatan penggunaan teknologi maklumat terutamanya dengan kemunculan Revolusi Industri 4.0.

RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy