Varia Ranah - Sorotan Ilmiah Perkhidmatan Awam

324 Varia Ranah: Sorotan Ilmiah Perkhidmatan Awam 5. bersikap terbuka kepada idea di luar kotak dan berani mencuba sesuatu inovasi dan pembaharuan yang berpotensi menyelesaikan isu atau masalah rakyat dan negara; 6. beramanah dan berintegriti tinggi berpandukan pegangan akidah yang kuat; 7. bersikap mesra rakyat dengan sifat prihatin dan mengutamakan kemapanan sosioekonomi semua golongan masyarakat seperti membasmi kemiskinan dan mengurangkan jarak ekonomi antara rakyat demi keamanan, kemakmuran, kemajuan dan kesejahteraan negara; 8. menghapuskan amalan diskriminasi dan mengamalkan keadilan dan kesaksamaan seperti mendakwa dan menjatuhkan hukuman yang setimpal ke atas orang yang bersalah tanpa membezakan darjat, status sosial, ekonomi, bangsa dan sebagainya; 9. sentiasa gigih dan tekun dalam mengekalkan keamanan dan kemakmuran negara; dan 10. tidak mudah mengalah dan tunduk kepada propaganda musuh bagi mengelakkan pemimpin-pemimpin akan datang daripada mencontohi budaya tersebut sehingga menyebabkan kejatuhan kepimpinan dengan mudah. Banyak sifat dan ciri kepimpinan Rasulullah صلى الله عليه وسلم dan para Khulafa Ar-Rasyidin yang wajar dipelajari oleh para pimpinan hari ini agar kepimpinan mereka benar-benar berkualiti dan mengutamakan keredaan .الله Semoga langkah kepimpinan Rasulullah صلى الله عليه وسلم dan para Khulafa Ar-Rasyidin dijejaki oleh generasi pemimpin masa kini dengan menjadikan pentadbiran mereka sebagai contoh dan teladan untuk melahirkan pemimpin berwibawa dan baik di zaman ini dan masa depan bagi membantu rakyat serta memacu negara dengan lebih cemerlang lagi. Banyak sifat dan ciri kepimpinan Rasulullah صلى الله عليه وسلم dan para Khulafa Ar-Rasyidin yang wajar dipelajari oleh para pimpinan hari ini agar kepimpinan mereka benar- benar berkualiti dan mengutamakan keredaan .الله

RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy