Varia Ranah - Sorotan Ilmiah Perkhidmatan Awam

323 Varia Ranah: Sorotan Ilmiah Perkhidmatan Awam Khalifah Ali bin Abi Talib رضي الله عنه telah wafat dalam perjalanan ke Masjid Agung di Kufah, Iraq pada 17 Ramadhan tahun 40 Hijrah bersamaan 661 Masihi ketika berusia 63 tahun akibat dibunuh oleh Abdul Rahman bin Maljam daripada golongan Khawarij yang telah membuat pakatan sulit untuk membunuhnya kerana mereka tidak suka dengan perubahan yang dilakukan Khalifah Ali bin Abi Talib رضي . الله عنه Malah mereka telah menuduh beliau berkomplot untuk membunuh Khalifah Uthman bin Affan .رضي الله عنه Jenazah beliau telah dimakamkan di Kufah. Sepanjang pemerintahannya, beliau banyak memberikan sumbangan kepada umat Islam dan mempamerkan teladan yang baik untuk dijadikan ikutan kepada masyarakat Islam. Beliau sanggup mempertaruhkan nyawa demi menegakkan agama Islam. Dengan syahidnya Khalifah Ali bin Abi Talib رضي الله عنه maka berakhirlah zaman pemerintahan Khulafa Ar-Rasyidin. CIRI-CIRI KEPIMPINAN ISLAM YANG WAJAR DITERAP DALAM PERKHIDMATAN AWAM MASA KINI Antara ciri-ciri kepimpinan Islam yang wajar dicontohi dan diterapkan dalam amalan gaya kepimpinan Perkhidmatan Awam masa kini adalah: 1. menghayati sifat-sifat pemimpin agung seperti bercakap benar, beramanah dan berkongsi maklumat/ilmu; 2. mengutamakan penggunaan kuasa yang diamanahkan untuk mendidik jiwa dan rohani insan dan bukannya menghukum semata-mata; 3. pengerusi musyawarah hendaklah meletakkan dirinya setaraf dengan ahli musyawarah yang lain dan rela mendapat pencerahan dari mereka; 4. memastikan negara diperintah dengan acuan sendiri dan bersesuaian dengan situasi semasa;

RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy