Varia Ranah - Sorotan Ilmiah Perkhidmatan Awam

322 Varia Ranah: Sorotan Ilmiah Perkhidmatan Awam 4. menghentikan peperangan sesama umat Islam. Khalifah Ali bin Abi Talib رضي الله عنه juga berusaha bermati-matian untuk menyatupadukan umat Islam yang sedang berpecah belah demi mengekalkan kestabilan dan keharmonian negara. Misalnya, dalam Perang Shiffin, beliau telah menghentikan peperangan dan memulakan proses perundingan walaupun tenteranya hampir mencapai kemenangan kerana ada dalam kalangan pihak musuh yang rela mengangkat Al-Quran untuk berdamai. Beliau bertindak sedemikian bagi memperoleh keamanan untuk negara Islam; 5. menubuhkan pasukan polis yang dinamakan ‘As-Syurtah’ dan badan risikan yang belum pernah ditubuhkan oleh khalifah-khalifah sebelumnya; 6. melengkapkan angkatan tentera Islam dengan tentera berjalan kaki dan tentera berkuda; 7. membina markas tentera di Parsi dan Syria. Khalifah Ali bin Abi Talib رضي الله عنه membina markas tentera di Parsi dan di sempadan Syria demi mengutamakan pertahanan negara dan keamanan rakyatnya; 8. membuat pembaharuan dalam pentadbiran dengan menggantikan gabenor-gabenor yang pernah dilantik pada zaman pemerintahan Khalifah Uthman bin Affan رضي الله عنه dengan kaum Ansar dan golongan pembangkang (bagi mengelak daripada berlakunya pemberontakkan). 9. meneruskan cukai jizyah ke atas golongan zimmi 10 untuk mengembangkan sistem ekonomi negara; 10. banyak membantu menyelesaikan masalah berhubung masyarakat dan perundangan Islam; dan 11. berkunjung ke masjid untuk membincangkan masalah yang dihadapi oleh rakyatnya. 10 Zimmi adalah orang bukan Islam yang hidup aman merdeka dalam perlindungan Daulah Islamiyah

RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy