Varia Ranah - Sorotan Ilmiah Perkhidmatan Awam

321 Varia Ranah: Sorotan Ilmiah Perkhidmatan Awam mushaf Al-Quran sebagai tanda perdamaian menyebabkan Khalifah Ali bin Abi Talib رضي الله عنه menghentikan peperangan dan memilih proses rundingan. Khalifah Ali bin Abi Talib رضي الله عنه mempunyai sifat peribadi yang mulia sebagai seorang khalifah dan merupakan seorang pemerintah yang adil dan kreatif. Beliau merupakan seorang khalifah yang sangat komited dengan tanggungjawab yang diamanahkan kepada beliau. Semasa pemerintahan dan kepemimpinan beliau, Khalifah Ali bin Abi Talib رضي الله عنه banyak menaburkan sumbangan dalam memajukan negara Islam. Antara sumbangan beliau adalah: 1. menerima lantikan ke jawatan khalifah walaupun keadaan negara tidak tenteram dan goyah. Khalifah Ali bin Abi Talib رضي الله عنه sanggup menerima jawatan pemimpin tertinggi kerajaan Islam walaupun pada masa itu berlaku kegoyahan disebabkan titik pertukaran politik negara Islam yang bercelaru akibat perebutan ramai pihak untuk berkuasa dan menjadi ketua. Beliau telah berusaha dengan bersungguh-sungguh sehingga akhirnya dibunuh kerana beliau hendak mengembali dan mengekalkan keamanan dalam negara Islam yang telah dibina oleh Nabi Muhammad صلى الله عليه وسلم dan telah berjaya dikekalkan hingga ke zaman pemerintahan Khalifah Uthman bin Affan ;رضي الله عنه 2. berkeberanian menonjolkan sifat kepahlawanan yang gagah dan berani semasa menghadapi banyak peperangan dan pertempuran seperti Perang Badar, Perang Uhud, Perang Khandak, Perang Khaibar dan lain- lain lagi. Beliau tidak pernah terkecuali daripada menyertai mana-mana peperangan kecuali Perang Tabuk. Ini menunjukkan bahawa beliau sanggup mengusahakan apa jua tindakan demi mengekalkan keamanan negara walaupun terpaksa menggadai nyawanya sendiri; 3. berkecekapan dalam strategi perang. Sebagai contoh, beliau sangat arif dalam mengatur strategi pasukan memanah;

RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy