Varia Ranah - Sorotan Ilmiah Perkhidmatan Awam

320 Varia Ranah: Sorotan Ilmiah Perkhidmatan Awam terbunuhnya Khalifah Uthman bin Affan ر ضي الله عنه di tangan pemberontak yang didalangi kaum Yahudi. Pada mulanya Saidina Ali bin Abi Talib رضي اللهعنه menolak pelantikan tersebut tetapi kembali menerimanya dengan rela hati kerana dapat sokongan sebahagian besar daripada penduduk Madinah. Khalifah Ali bin Abi Talib رضي الله عنه telah memerintah selama 5 tahun dari tahun 35 hingga 40 Hijrah dalam suasana politik yang berkonflik akibat kewafatan Khalifah Uthman bin Affan رضي الله عنه dalam keadaan tidak mewasiatkan waris penggantinya. Ini menyebabkan beliau terpaksa menghadapi pelbagai masalah yang rumit ketika zaman pemeritahannya. Antara masalah-masalah tersebut adalah: 1. penentangan daripada kumpulan pemberontak yang dicetuskan oleh beberapa individu dari golongan Rafidhah. Pemberontakan itu berjaya ditumpaskan oleh Khalifah Ali bin Abi Talib رضي الله عنه dalam Perang Jamal (unta); 2. kelemahan pentadbiran yang berlaku semenjak zaman pemerintahan Khalifah Uthman bin Affan رضي الله عنه lagi. Kelemahan pentadbiran termasuk penyalahgunaan kuasa dan rasuah. Oleh itu, Khalifah Ali bin Abi Talib رضي الله عنه telah membuat beberapa pembaharuan dalam pentadbirannya dengan menggantikan pegawai-pegawai yang dilantik pada zaman pemerintahan Khalifah Uthman bin Affan رضي الله عنه dengan kaum Ansar dan golongan pembangkang (bagi mengelak daripada berlakunya pemberontakkan) dan memindahkan pusat pentadbiran Islam dari Madinah ke Kufah, Iraq; dan 3. desakan daripada Muawiyah yang berpendapat bahawa siasatan kes pembunuhan Khalifah Uthman bin Affan رضي الله عنه perlu menjadi keutamaan negara untuk diselesaikan secepat mungkin. Pada masa yang sama, Khalifah Ali bin Abi Talib رضي الله عنه perlu juga mengutamakan keamanan negara. Maka tercetuslah Perang Shiffin iaitu perang saudara antara pasukan Muawiyah menentang pasukan Khalifah Ali bin Abi Talib .رضي الله عنه Walaupun pasukan Khalifah Ali bin Abi Talib رضي الله عنه berada di ambang kemenangan, namun tindakan Amr bin Ash mengangkat

RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy