Varia Ranah - Sorotan Ilmiah Perkhidmatan Awam

319 Varia Ranah: Sorotan Ilmiah Perkhidmatan Awam orang lain. Beliau telah mendapat gelaran “KaramallahuWajhah” yang bermaksud orang yang dimuliakan wajahnya kerana beliau tidak pernah menyembah berhala sejak kecil lagi. Berkat keakraban persahabatan dan hubungan antara beliau dan Rasulullah ,صلى الله عليه وسلم beliau mudah untuk mempelajari pelbagai ilmu pengetahuan dan ayat-ayat Al-Quran. Justeru itu, beliau mempunyai keilmuan terhadap hal-hal agama yang sangat tinggi dan menjadi tokoh ilmuan yang pintar dan bijaksana serta seorang ahli fiqh yang berupaya mengeluarkan sebarang hukum dari Al-Quran dan sunnah Nabi Muhammad .صلى الله عليه وسلم Oleh itu, beliau selalu menjadi tempat rujukan dalam hal-hal keagamaan setelah kewafatan Rasulullah .صلى الله عليه وسلم Selain daripada itu, beliau juga merupakan seorang yang fasih dan bersastera tinggi serta berkemampuan untuk menghasilkan banyak kata-kata hikmah dan perumpamaan yang sangat padat dan berisi secara spontan. Beliau telah meriwayatkan sebanyak 586 buah hadith secara langsung daripada Rasulullah .صلى الله عليه وسلم Pada usia 21 tahun, beliau telah mengahwini anak Rasulullah ,صلى الله عليه وسلم iaitu Fatimah, pada tahun 2 Hijrah. Pengorbanan terbesar Saiyidina Ali bin Abi Talib رضي الله عنه adalah menggantikan Rasulullah صلى الله عليه وسلم di tempat tidur Baginda ketika peristiwa Hijrah. Walaupun berasa takut, namun beliau pasrah dan menerima tugasan tersebut dengan rela hati demi menyelamatkan Rasulullah الله عليه وسلم dan menegakkan Islam. Berikutan pengorbanan beliau itu, Saiyidina Ali bin Abi Talib رضي الله عنه hampir dibunuh oleh pemuda-pemuda kafir Quraisy yang ketika itu datang untuk membunuh Rasulullah صلى الله عليه وسلم di rumah Baginda. Selain daripada itu, beliau juga pernah dilantik untuk mengetuai misi dakwah di Hamadan, Iraq dan pernah menjadi penasihat dalam bidang kehakiman kepada ketiga-tiga khalifah Khurafa Ar-Rasyidin sebelum beliau iaitu Khalifah Abu Bakar As-Siddiq ,رضي الله عنه Khalifah Umar bin Al-Khattab رضي الله عنه dan Khalifah Uthman bin Affan .رضي الله عنه Saiyidina Ali bin Abi Talib رضي الله عنه merupakan khalifah yang terakhir dalam tamadun Khulafa Ar-Rasyidin. Beliau telah dibaiah sebagai khalifah Islam yang keempat pada 25 Zulhijjah tahun 35 Hijrah, bersamaan 655 Masihi, setelah

RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy