Varia Ranah - Sorotan Ilmiah Perkhidmatan Awam
318 Varia Ranah: Sorotan Ilmiah Perkhidmatan Awam berakhirlah riwayat seorang sahabat yang sangat berjasa kepada Islam dan ummah serta dunia Islam kehilangan seorang permata Islam yang zuhud dan berwibawa. Pendirian Khalifah Uthman bin Affan رضي الله عنه semasa berdepan dengan ancaman pemberontak di akhir hayatnya mengajar kita agar tidak mudah tunduk kepada propaganda musuh dan tidak boleh sekali-kali mengalah. Jika beliau tunduk kepada desakan pemberontak semata-mata untuk menyelamatkan nyawanya, nescaya khalifah-khalifah selepasnya akan mengikut budaya tersebut. Akibatnya musuh Islam boleh menjatuhkan kepimpinan Islam dengan mudah dan menyebabkan kehilangan izzah (kemuliaan/kehormatan/kekuatan) khalifah. Saiyidina Ali Bin Abi Talib رضي الله عنه Nama sebenar Saiyidina Ali bin Abi Talib رضي الله عنه ialah Ali bin Abi Talib bin Abdul Muttalib bin Hasyim bin Abd Manaf. Beliau berasal dari keturunan Bani Hasyim yang sejati dan merupakan anak bongsu kepada pasangan Abu Talib bin Abdul Mutalib bin Hasyim bin Abd Manaf dan Fatimah binti Asad bin Hasyim bin Abd Manaf. Beliau dilahirkan di Mekah pada tahun 602 Masihi kira- kira 10 tahun sebelum kerasulan Nabi Muhammad صلى الله عليه وسلم dan memeluk Islam ketika masih kanak-kanak lagi. Malah beliau merupakan kanak-kanak pertama yang memeluk Islam pada usia 10 tahun. Oleh itu, beliau telah taat mengerjakan suruhan الله sejak kecil. Beliau merupakan sepupu dan juga menantu kepada Rasulullah .صلى الله عليه وسلم Saiyidina Ali bin Abi Talib رضي الله نهع telah diasuh dan dididik oleh Rasulullah صلى الله عليه وسلم sejak kecil lagi apabila Abu Talib terpaksa menyerahkan beliau kepada Rasulullah صلى الله عليه وسلم kerana kaum Quraisy telah dilanda kesusahan yang teramat sangat. Rasulullah صلى الله عليه وسل م dan isterinya, Siti Khadijah binti Khuwalid telah mengasuh Saiyidina Ali bin Abi Talib رضي الله عنه seperti anak mereka sendiri. Saiyidina Ali bin Abi Talib رضي الله عنه merupakan seorang yang sangat bijaksana, berfikiran terbuka serta bersifat sopan santun dan lemah lembut terutama terhadap orang-orang yang tidak berdaya dan lebih lemah daripada beliau. Beliau sangat mengasihi orang-orang tua dan suka menghiburkan
Made with FlippingBook
RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy