Varia Ranah - Sorotan Ilmiah Perkhidmatan Awam

317 Varia Ranah: Sorotan Ilmiah Perkhidmatan Awam Antara sumbangan yang telah ditaburkan semasa zaman pemerintahan dan kepemimpinan Khalifah Uthman bin Affan رضي الله عنه adalah: 1. memelihara kesahihan penulisan Al-Quran. Khalifah Uthman bin Affan رضي الله عنه telah membentuk sebuah Jawatankuasa Penulisan Al-Quran yang diketuai oleh Zabit bin Thabit dan menetapkan bahawa hanya mushaf (kulit/naskah) dari Madinah sahaja yang diiktiraf kesahihannya, sekaligus menjadi satu-satunya mushaf rujukan bagi seluruh kaum Muslimin; 2. mengembangkan dakwah Islam kepada tawanan perang – hasilnya jumlah mereka yang memeluk agama Islam semakin bertambah; 3. meningkatkan kuasa politik umat Islam dengan pembukaan wilayah- wilayah baru yang sangat banyak sehingga ke Kabul dan Maghribi. Beliau mengangkat Islam sebagai sebuah empayar baru yang lebih besar dan lebih berkuasa dari Byzantine. Malah pada zaman pemerintahan beliaulah Islam berada di puncak kegemilangan; 4. meningkatkan ekonomi Islam sehingga umat Islam menikmati keadaan yang sangat mewah; 5. menyumbangkan telaga “Raumah” untuk kegunaan orang ramai serta membebaskan dan memerdekakan hamba abdi pada setiap hari Jumaat; 6. memudahkan urusan pentadbiran; 7. menubuh dan menguatkan angkatan tentera laut; dan 8. merombak dasar penghijrahan yang dilaksanakan oleh Khalifah Umar bin Al-Khattab رضي الله عنه dengan menggalakkan penghijrahan para sahabat. Khalifah Uthman bin Affan رضي الله عنه wafat pada 18 Zulhijjah tahun 35 Hijrah semasa berusia 82 tahun akibat dibunuh oleh ketua pemberontak yang diketuai oleh Al-Asytar. Jenazah beliau dimakamkan di tanah perkuburan Al- Baqi, Madinah. Dengan kewafatan Khalifah Uthman bin Affan ,رضي الله عنه maka

RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy