Varia Ranah - Sorotan Ilmiah Perkhidmatan Awam
316 Varia Ranah: Sorotan Ilmiah Perkhidmatan Awam Ruqayah dan Ummi Khalthum (setelah kewafatan Ruqayah). Dengan ikatan- ikatan perkahwinan ini, martabat Saiyidina Uthman bin Affan رضي الله عنه menjadi sangat tinggi kerana selain daripada beliau, tidak pernah dalam sejarah mana-mana orang dapat memiliki dua (2) orang anak mana-mana Nabi. Kedudukan beliau sebagai pembesar Quraisy menjadikan diri beliau hebat berpolitik dan sebagai pakar ekonomi. Malah beliau berjaya memecahkan monopoli kaum Yahudi ke atas ekonomi Madinah. Beliau merupakan salah seorang daripada sahabat Rasulullah صلى الله عليه وسلم yang menjadi seorang usahawan yang berjaya sehingga menjadi kaya-raya dan cukup terkenal dengan sifat zuhud melalui sikap pemurah dan dermawannya yang tinggi kerana mencintai akhirat lebih daripada duniawi. Sepanjang hayat beliau, Saiyidina Uthman bin Affan رضي الله عنه banyak melakukan amal kebajikan serta mengorbankan harta dan tenaga untuk perkembangan Islam. Beliau tidak teragak-agak untuk berinfaq pada bila-bila masa apabila diminta oleh Rasulullah صلى الله عليه وسلم sehingga diampunkan dari segala dosa. Malah beliau pernah menyumbang dan menanggung sepertiga daripada pembiayaan dan dana perang seperti perbelanjaan 10,000 tentera, 1,000 ekor unta, 50 ekor kuda dan 1,000 dinar bagi mempertingkatkan kualiti kelengkapan angkatan perang umat Islam. Saiyidina Uthman bin Affan رضي الله عنه juga terkenal dengan sikap pemalu sehingga malaikat dan Nabi Muhammad صلى الله عليه وسلم juga malu padanya. Saiyidina Uthman bin Affan رضي الله عنه telah diangkat menjadi khalifah pada tahun 644 Masihi bersamaan 23 Hijrah dalam satu Majlis As-Syura setelah kewafatan Khalifah Umar bin Al-Khattab .رضي الله عنه Beliau telah memerintah selama 12 tahun dari tahun 23 hingga 35 Hijrah, yang paling lama memerintah di kalangan Khulafa Ar-Rasyidin. Enam (6) tahun pertama pemerintahan beliau telah dipenuhi dengan keamanan dan kegemilangan. Walau bagaimanapun, enam (6) tahun berikutnya pula telah dipenuhi dengan masalah dan penentangan seperti fitnah dan kekacauan yang sangat dahsyat.
Made with FlippingBook
RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy