Varia Ranah - Sorotan Ilmiah Perkhidmatan Awam
315 Varia Ranah: Sorotan Ilmiah Perkhidmatan Awam 20. menawan semula Baitulmaqdis pada tahun 637 Masihi. Berkat kejayaan tersebut, Khalifah Umar bin Al-Khattab رضي الله عنه telah diberikan kunci untuk memasuki kota Baitulmaqdis oleh pendeta Sophronius di mana beliau telah mendirikan solat di suatu tempat yang menjadi tapak pembinaan Masjid Umar 55 tahun kemudian. Maka terbuktilah, Khalifah Umar bin Al-Khattab رضي الله عنه memiliki kewibawaan, kepimpinan, ketrampilan dan gaya yang tersendiri dalam mentadbir kerajaan dengan pimpinan yang cemerlang. Beliau sangat zuhud, amanah, berpandangan jauh dan sangat berhati-hati dengan jawatannya serta tidak mudah terpengaruh dengan kuasa yang diamanahkan kepadanya sebagai khalifah sehingga beliau berjaya memerintah mengikut landasan Islam yang sebenar. Di zaman kepimpinan beliau, Islam menjadi agama yang dipandang tinggi dan dihormati oleh kaum bukan Islam sehingga menjadi begitu gemilang, sesuatu yang belum dicapai di masa pemerintahan lain. Saiyidina Uthman Bin Affan رضي الله عنه Nama penuh Saiyidina Uthman bin Affan رضي الله عنه ialah Uthman bin Affan bin Abu Al’as bin Umaiyah bin Abu Syams. Beliau dilahirkan di Mekah 47 tahun sebelum Hijrah dan berketurunan Bani Umaiyah, iaitu salah satu daripada kabilah Quraisy, dan tergolong dalam kalangan orang kenamaan, bangsawan dan hartawan Quraisy yang hidup mewah, elit, dihormati dan disegani oleh masyarakat Arab di Mekah. Usia beliau adalah enam (6) tahun lebih muda dari Nabi Muhammad صلى الله عليه وسل م dan merupakan anak kepada pasangan Affan bin Abu Al’as dan Arwa binti Kuraiz. Sementara bapa saudaranya adalah Abu Lahab, orang paling kuat menentang Islam. Saiyidina Uthman bin Affan رضي الله عنه dikatakan memiliki wajah yang kacak, penyabar, berhemah tinggi dan lemah lembut dalam berbicara, termasuk apabila berunding dengan musuh. Beliau merupakan antara sahabat yang terawal memeluk Islam dan digelar Zun-Nur’ain yang bermaksud “pemilik dua cahaya” kerana beliau berkahwin dengan dua (2) orang puteri (dua cahaya mata) Rasulullah صلى الله عليه وسلم iaitu
Made with FlippingBook
RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy