Varia Ranah - Sorotan Ilmiah Perkhidmatan Awam

314 Varia Ranah: Sorotan Ilmiah Perkhidmatan Awam 14. mewujudkan matawang sendiri yang dibuat daripada logam dan memperkenalkan beberapa cukai baharu serta mewajibkan zakat ke atas kuda; 15. mengklasifikasikan tanah-tanah yang dikuasai oleh tentera Islam kepada dua jenis iaitu tanah sawafi – tanah tidak bertuan yang ditadbir oleh pemegang-pemegang amanah yang dilantik daripada golongan peneroka dan tanah dhimmah – tanah bertuan yang ditadbir oleh pemiliknya; 16. mengutamakan rakyat dengan menetapkan bahawa semua kekayaan negara adalah untuk pembangunan dan kemudahan rakyat seperti mendirikan tembok dan benteng bagi melindungi kaum Muslimin dari ancaman musuh, memerintahkan haiwan ternakan disembelih untuk dibahagikan kepada para penduduk di Madinah yang berdepan krisis makanan, membina terusan dan tali air bagi meningkatkan hasil pertanian seperti empangan Abu Musa dan terusan Amir Al-Mukminim di Mesir, membina jalan raya dan kemudahan-kemudahan lain; 17. mengembangkan pembelajaran Al-Quran dengan menubuhkan sekolah- sekolah pengajaran Al-Quran di semua masjid di peringkat wilayah. Para guru Al-Quran juga disediakan dengan memberi peluang kepada masyarakat untuk menjadi guru Al-Quran. Selain daripada itu, umat Islam diwajibkan menghafaz surah-surah yang tertentu dalam Al-Quran dan ganjaran pula diberi kepada golongan yang menghafaz seluruh Al- Quran; 18. sangat mengambil berat akan kebajikan rakyat sehingga menyelesaikan sendiri masalah rakyat; 19. menjunjungi kebebasan dengan menjadikan taraf dan kedudukan golongan hamba sama dengan tuannya dalam hal-hal tertentu. Syarat dan undang-undang juga digubal untuk menjaga kedudukan golongan hamba supaya tidak ditindas dan dilarang dipisahkan dari keluarga mereka; dan

RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy