Varia Ranah - Sorotan Ilmiah Perkhidmatan Awam
313 Varia Ranah: Sorotan Ilmiah Perkhidmatan Awam رضي الله عنه sendiri juga membuat lawatan ke rumah para pegawai beliau untuk memastikan semua harta tidak disalahguna dan tiada pertambahan harta secara syubhah (ragu/was-was/syak); 9. menubuhkan pasukan polis dan tentera laut untuk menjaga keselamatan dan ketenteraman awam serta mewujudkan sistem pos; 10. memperkenalkan pembaharuan undang-undang pentadbiran tanah seperti menyusun undang-undang tanah negara apabila wilayah jajahan Islam semakin berkembang luas serta mengubah sistem pungutan cukai yang dikenakan berdasarkan kesuburan tanah dan jenis tanaman. Selain daripada itu, peraturan yang tidak adil dan membebankan petani dimansuhkan; 11. menubuhkan Baitulmal untuk menguruskan harta dan khazanah kerajaan. Baitulmal adalah badan yang menguruskan harta atau kewangan kerajaan. Sumber kewangan negara pada masa itu adalah daripada hasil pungutan zakat, jizyah, kharaj 7 , ghanimah 8 dan usyur 9 . Rekod jumlah kewangan negara disimpan dalam buku kira-kira; 12. memulakan pemberian gaji kepada tenteranya dengan mengasaskan Al- Diwan iaitu rekod, daftar atau buku catatan nama-nama tentera dan ahli keluarga serta jumlah sara hidup masing-masing. Bayaran sara hidup dibuat berdasarkan jasa seseorang kepada Islam, terutamanya dalam proses perluasan wilayah; 13. selain daripada Jabatan-Jabatan yang telah ditubuhkan oleh Khalifah Abu Bakar As-Siddiq ,رضي الله عنه Khalifah Umar bin Al-Khattab رضي الله عنه telah menambah beberapa lagi Jabatan penting seperti Jabatan Penyiasatan Tentera Rahsia; 7 Kharaj ialah cukai hasil tanah yang dikenakan ke atas orang bukan Islam 8 Ghanimah ialah harta rampasan perang (harta musuh yang diambil alih oleh orang Islam setelah selesai peperangan) 9 Usyur ialah cukai yang dikenakan ke atas tanah yang dimiliki oleh orang yang memeluk Islam dan tanah rampasan perang yang kini dimiliki oleh pejuang Islam
Made with FlippingBook
RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy