Varia Ranah - Sorotan Ilmiah Perkhidmatan Awam

312 Varia Ranah: Sorotan Ilmiah Perkhidmatan Awam 2. membentuk Majlis Syura (Majlis Perunding Negara) yang merupakan lembaga perundangan negara. Penubuhan majlis ini adalah bertujuan untuk membincang dan menangani isu-isu politik, keselamatan dan sosial negara serta menentukan dasar yang berkaitan dengan hubungan luar dan pemerintahan negara. Majlis ini terbahagi kepada dua bahagian iaitu majlis syura tertinggi dan majlis syura am; 3. menyerlahkan kegemilangan Islam dengan jajahan takluk Islam yang begitu luas sehingga ke wilayah Eropah dan melebihi separuh dunia ini. Wilayah pemerintahan Islam termasuk Mesopotamia, Mesir, Palestin, Syria, Afrika Utara, sebahagian Parsi dari dinasti Sassanid dan Armenia dari pemerintahan Rom (Byzantium). Antara pertempuran besar yang berlaku dalam penyebaran Islam adalah Peperangan Yarmouk pada tahun 636 Masihi di mana 20,000 tentera Islam telah mengalahkan 70,000 tentera Rom dan mengakhiri kekuasaan Rom di Asia Kecil; 4. membahagikan wilayah pemerintahan Islam kepada Hijaz, Syria, Iran, Iraq, Mesir, Palestin, Juzirah dan Madinah untuk memudahkan pentadbiran negara; 5. melantik jawatan-jawatan utama di setiap wilayah seperti Wali (Gabenor) yang berperanan sebagai ketua pentadbiran awam, setiausaha, Ketua- Ketua Jabatan, panglima tentera, Pengarah Perbendaharaan, pemungut cukai, Ketua Polis dan Hakim (Qadi); 6. bersedia dikritik dan menerima pandangan orang lain dalam bermusyawarah dan sebagainya; 7. bersikap zuhud dan tidak tertarik langsung dengan kemewahan harta benda; 8. bersikap sangat tegas dan teliti ke atas pegawai yang dilantik sebagai Gabenor dan sebagainya dengan memeriksa harta dan keperibadian mereka untuk mengelakkan penyalahgunaan kuasa dan harta selama mereka memerintah. Ini termasuklah meminta pegawai-pegawai tersebut membuat laporan harta setiap tahun dan peningkatan harta mereka akan disemak dengan kerap. Selain daripada itu, Khalifah Umar bin Al-Khattab

RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy