Varia Ranah - Sorotan Ilmiah Perkhidmatan Awam

311 Varia Ranah: Sorotan Ilmiah Perkhidmatan Awam Pada zaman pemerintahan Khalifah Umar bin Al-Khattab ,رضي الله عنه empayar Islam sudah berkembang dengan meluas sehingga ke bumi Iraq, Iran, Azerbaijan, Khurasan (bekas jajahan Parsi), Palestin, Syria (dahulu Sham di bawah jajahan Rom), Mesir dan Libya di utara Afrika. Masyarakat Arab pada masa itu sudah mempunyai sistem kalendar sendiri yang menamakan bulan dengan nama seperti Muharram, Safar, Rabiulawal, Rejab, Syaaban, Zulhijjah dan sebagainya tetapi tidak menyatakan tahun. Mereka hanya mengira tahun mengikut peristiwa besar yang berlaku kepada mereka seperti Tahun Gajah, sempena peristiwa Abrahah menyerang Kaabah, 50 hari sebelum keputeraan Rasulullah .صلى الله عليه وسلم Oleh yang demikian, dalam sesi syura untuk menentukan awal permulaan takwim Hijrah, Khalifah Umar bin Al-Khattab رضي الله عنه telah memulakan pengiraan tarikh Hijrah berdasarkan persetujuan sesi syura tersebut yang memutuskan untuk mengambil tahun peristiwa penghijrahan Nabi Muhammad صلى الله عليه وسلم ke Madinah sebagai permulaan tahun Hijrah. Khalifah Umar bin Al-Khattab رضي الله عنه telah memilih Muharam sebagai permulaan kalendar Hijrah kerana Muharam adalah bulan pertama selepas Zulhijjah yang merupakan bulan haji iaitu rukun Islam terakhir. Haji menjadi penutup rukun, sementara Zulhijjah, menjadi penutup bulan Islam. Haji yang mabrur seumpama keadaan bayi yang baru lahir tanpa dosa dan noda. Muharam yang menyusul selepas Zulhijjah pula umpama pembuka kepada tahun yang baharu dan permulaan kehidupan baharu untuk menambah pahala dan bermujahadah 6 menghindari dosa. Antara pembaharuan dan sumbangan yang telah ditaburkan semasa pemerintahan dan kepemimpinan beliau untuk mengukuhkan lagi pentadbiran kerajaan yang dinaungi serta menjadikan beliau seorang tokoh yang terbaik dan sangat wajar dicontohi adalah: 1. meneruskan pengumpulan naskah Al-Quran yang dilaksanakan oleh Khalifah Abu Bakar As-Siddiq ;رضي الله عنه 6 Mujahadah bererti berusaha untuk melawan dan menundukkan kehendak hawa nafsu

RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy