Varia Ranah - Sorotan Ilmiah Perkhidmatan Awam
310 Varia Ranah: Sorotan Ilmiah Perkhidmatan Awam pemantauan dan kawalan ketat terhadap urus niaga di pasar, dan lain- lain inovasi dan pembaharuan lagi; 3. amat bersikap amanah dan berintegriti. Beliau telah berwasiat supaya pemilihan khalifah selepasnya diputuskan oleh syura dari kalangan sahabat yang dijanjikan syurga (almubashsharun bil jannah) kecuali Said Zaid kerana mempunyai kaitan keluarga dengan beliau. Khalifah Umar bin Al-Khattab رضي الله عنه juga menegah anak beliau terbabit dalam perniagaan untuk mengelakkan urus niaga mereka dikaitkan dengan kedudukan mereka sebagai anak khalifah. Beliau juga mempunyai pasukan perisik khas yang memantau dan melaporkan secara terperinci tingkah laku dan tindakan Gabenor wilayah-wilayahnya; 4. sentiasa prihatin dengan kebajikan dan kesejahteraan rakyat. Selain terkenal dengan sifat tegas, Khalifah Umar bin Al-Khattab رضي الله عنه juga memiliki sifat yang sangat lemah lembut dan kasih sayang terhadap rakyat. Beliau turun sendiri pada waktu malam ke jalan-jalan di Madinah serta kampung sekitarnya untuk memerhati keadaan rakyat dan menangani hal ehwal mereka; 5. sangat risau akan rakyatnya terabai sehingga takut untuk rehat dan tidur malam maupun siang; 6. menyemak dan meneliti aduan, permintaan dan keperluan rakyat setelah selesai solat subuh sehingga terbitnya matahari; dan 7. bersikap adil dan saksama dalam pemerintahan dan melayani rakyat. Selain daripada mengirim utusan untuk pergi jauh dari Kota Madinah seperti ke Iraq, Syam dan lain-lain, Khalifah Umar bin Al-Khattab رضي الله عنه juga membuat kunjungan sendiri untuk melihat keadaan serta meneliti keperluan dan keinginan rakyat beliau yang ditadbir oleh Gabenor-Gabenornya.
Made with FlippingBook
RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy