Varia Ranah - Sorotan Ilmiah Perkhidmatan Awam
309 Varia Ranah: Sorotan Ilmiah Perkhidmatan Awam Saiyidina Umar Bin Al-Khattab رضي الله عنه Saiyidina Umar bin Al-Khattab رضي الله عنه merupakan insan istimewa yang mempunyai hubungan yang rapat dengan Rasulullah صلى الله عليه وسلم kerana puteri beliau, Hafsah adalah isteri Nabi Muhammad صلى الله علي ه وسلم . Beliau juga disenaraikan oleh Nabi Muhammad صلى الله عليه وسلم sebagai salah seorang daripada 10 sahabat Rasulullah صلى الله عليه وسلم yang dijanjikan syurga. Saiyidina Umar bin Al-Khattab رضي الله عنه sememangnya terkenal sebagai antara pemerintah yang terbaik dalam sejarah pentadbiran Islam. Beliau telah dilantik sebagai khalifah Islam kedua pada tahun 13 Hijrah selepas kewafatan Khalifah Abu Bakar As-Siddiq رضي الله عنه dan memerintah hingga tahun 23 Hijrah. Perlantikan beliau telah dicadangkan sendiri oleh Khalifah Abu Bakar As-Siddiq رضي الله عنه dan dibaiah (janji ketaatan) oleh para sahabat dan umat Islam. Beliau merupakan seorang khalifah yang sangat berani, tegas, adil, saksama, sederhana dan bertanggungjawab dengan mendahulukan kepentingan rakyat berbanding kepentingan dirinya sendiri. Selama 10 tahun menjadi khalifah, pelbagai usaha telah dilakukan sehingga tempoh pemerintahan beliau dianggap sebagai yang paling gemilang. Ciri-ciri kepemimpinan berkesan yang dipamerkan oleh Khalifah Umar bin Al- Khattab رضي الله عنه adalah: 1. meneruskan wawasan pemimpin sebelumnya iaitu Nabi Muhammad صلى الله عليه وسلم yang disambung oleh Khalifah Abu Bakar As-Siddiq رضي الله عنه iaitu menyerahkan gelang kebesaran Kisra, Raja Parsi kepada Suraqah apabila tentera Islam berjaya mengalahkan tentera Parsi, sebagaimana yang dijanjikan oleh Rasulullah صلى الله عليه وسلم kepada Suraqah semasa peristiwa hijrah; 2. berani menerajui perubahan dan inovasi seperti inovasi penetapan takwim hijrah, penambahbaikan sistem pentadbiran negara, sistem gaji untuk tentera dan pekerja kerajaan, sistem pos, pewujudan jawatan polis untuk kawal keamanan kota khususnya pada waktu malam serta
Made with FlippingBook
RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy