Varia Ranah - Sorotan Ilmiah Perkhidmatan Awam
308 Varia Ranah: Sorotan Ilmiah Perkhidmatan Awam Al-Khattab رضي الله عنه sebagai ketua tetapi kuasa dan hak utama untuk memutuskan pengadilan masih pada Khalifah. Dalam menjalankan tanggungjawab beliau sebagai hakim, Khalifah Abu Bakar As-Siddiq رضي الله عنه sering meminta pandangan para sahabat yang mahir dalam bidang undang-undang dan mengambil keterangan saksi sebelum membuat sesuatu keputusan; 18. membahagikan 10 wilayah bagi memudahkan pentadbiran dan menempatkan seorang Amir (Gabenor) bagi setiap wilayah untuk menjaga dan menjalankan syiar Islam, menguruskan urusan kewangan dan pemerintahan di samping menegakkan hukum Islam di wilayah yang dipimpinnya; dan 19. mengutamakan prinsip kesamaan (keadilan) seperti pembahagian zakat berdasarkan prinsip kesamarataan dengan memberikan jumlah yang sama kepada semua sahabat tanpa membezakan antara sahabat yang lebih awal memeluk Islam dan yang terkemudian, antara golongan hamba dan penduduk yang merdeka maupun antara kaum wanita dan lelaki. Walaupun hanya memerintah selama dua (2) tahun, kepimpinan Khalifah Abu Bakar As-Siddiq رضي الله عنه sangat terserlah dan berjaya menstabilkan kerajaan Islam. Sesungguhnya kehidupan Saiyidina Abu Bakar As-Siddiq رضي الله عنه dipenuhi dengan ibadat, nasihat, ajaran dan kenangan indah lagi mulia. Beliau kembali ke rahmatullah pada usia 63 tahun dan dikebumikan bersampingan makam Rasulullah .صلى الله عليه وسلم
Made with FlippingBook
RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy