Varia Ranah - Sorotan Ilmiah Perkhidmatan Awam

307 Varia Ranah: Sorotan Ilmiah Perkhidmatan Awam 11. mengumpul penulisan ayat-ayat Al-Quran dan hadis bagi menyelakkan kehilangan sebahagian besar daripada ayat-ayat al-Quran tersebut berikutan golongan sahabat dan penghafaz Al-Quran yang gugur syahid di medan perang; 12. membentuk lembaga majlis syura (mewakili ulama dan umat Islam serta kaum Muhajirin dan Ansar) sebagai tempat bermusyawarah dan mengumpulkan pendapat dan permasalahan penduduk sebelum membuat sesuatu keputusan; 13. menerapkan hukuman Islam dari Al-Quran sebagai sumber utama dan diikuti dengan As-Sunnah (jika tidak ditemui dalam Al-Quran) sebelum berijtihad berpandukan pendapat dari sekurang-kurangya dua orang sahabat (jika tidak juga ditemui dalam As-Sunnah); 14. menjadikan masjid sebagai pusat pendidikan Al-Quran bagi golongan penghafaz serta golongan yang menuntut ilmu-ilmu Al-Quran; 15. menggiatkan budaya menghafaz Al-Quran di sekitar kota Madinah sehingga masyarakat menjalani kehidupan berlandaskan Al-Quran; 16. menubuhkan Lembaga Kewangan atau Baitulmal untuk menguruskan harta dan kewangan (perbelanjaan) negara yang bersumberkan sumbangan sedekah, zakat, harta rampasan perang (ghanimah) dan cukai jizyah 5 . Abu Ubaidillah bin Jarrah telah dilantik sebagai Wazir Al- Maliyah (Menteri Kewangan) yang pertama dan harta ini digunakan untuk membiayai keperluan negara termasuklah gaji pemerintah dan segala keperluan rakyat; 17. menubuhkan Jabatan Perundangan untuk menangani permasalahan berkaitan undang-undang dan hukuman dan melantik Saiyidina Umar bin 5 Jizyah ialah cukai yang dikenakan ke atas individu bukan Islam yang berlindung di negara Islam

RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy