Varia Ranah - Sorotan Ilmiah Perkhidmatan Awam

306 Varia Ranah: Sorotan Ilmiah Perkhidmatan Awam 1. mengekalkan keamanan negara Islam yang dibina oleh Rasulullah ;صلى الله عليه وسلم 2. meletakkan asas pembangunan sebuah pemerintahan Islam yang teguh dan kuat dengan penyelesaian pelbagai masalah melalui kebijaksanaan dan kewibawaan beliau bagi memelihara kaum Muslimin dan keagungan agama Islam; 3. melaksanakan kutipan zakat 4 ; 4. melaksanakan dasar pemberian elaun kepada orang-orang yang berhak supaya tidak wujud golongan yang mendapat kedudukan yang lebih istimewa berbanding golongan-golongan yang lain; 5. mengambil pendapatan minimum – sekadar keperluan asasi diri dan keluarga sahaja; 6. menyusun semula strategi untuk menguatkan kerajaan Islam; 7. menundukkan sebahagian daripada negeri Syam dan Iraq, menumpaskan golongan murtad, nabi-nabi palsu dan musuh-musuh Islam, termasuk tentera Rom; 8. melindungi kaum murtad yang kembali kepada Islam; 9. memantapkan persaudaraan dan keimanan masyarakat Islam dengan mewajibkan seluruh penduduk Madinah menghadiri solat berjemaah di masjid; 10. membina pos kawalan di sepanjang sempadan kota Madinah sebagai perlindungan dari serangan musuh; 4 Zakat ialah mengeluarkan sebahagian daripada harta yang tertentu kepada golongan (asnaf) yang berhak menerimanya

RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy