Varia Ranah - Sorotan Ilmiah Perkhidmatan Awam
305 Varia Ranah: Sorotan Ilmiah Perkhidmatan Awam sebagai imam sembahyang tatkala Baginda sedang uzur, kaum Muslimin melalui suatu majlis syura dengan suara ramai telah memilih Saiyidina Abu Bakar As-Siddiq رضي الله عنه sebagai khalifah umat Islam menggantikan Rasulullah صلى الله عليه وسلم setelah nama beliau dicalonkan oleh Saiyidina Umar bin Al-Khattab .رضي الله عنه Dengan itu, Saiyidina Abu Bakar As-Siddiq رضي الله عنه telah menjadi khalifah Islam yang pertama selepas kewafatan Rasulullah .صلى الله عليه وسلم Pemilihan ini adalah bertepatan sekali dengan pandangan kaum Muslimin bahawa beliaulah yang paling layak sekali memegang kedudukan tersebut berdasarkan kelebihan beliau berbanding sahabat yang lain. Khalifah Abu Bakar As-Siddiq رضي الله عنه telah memerintah dari tahun 11 hingga 13 Hijrah dengan penekanan bahawa umat Islam mematuhi beliau dalam perkara-perkara yang benar dan tidak mematuhi beliau dalam perkara- perkara yang salah. Beliau telah mematuhi manifesto politiknya, hidup seperti rakyat biasa dan sangat tidak suka kepada layanan istimewa/protokol. Tanggungjawab yang digalas oleh beliau sebagai khalifah pertama bukanlah sesuatu yang mudah berikutan kerajaan Islam pada masa itu sedang berkembang dalam suasana kucar-kacir akibat konflik kepercayaan agama dan pergolakan akidah. Namun begitu, beliau bukan sahaja berjaya menyelesaikan permasalah tersebut, tetapi juga berjaya memantapkan pemerintahan Islam melalui dakwah secara lemah lembut dan kekuatan ketenteraan. Semasa peringkat awal pemerintahan Khalifah Abu Bakar As-Siddiq رضي الله ,عنه beliau lebih fokus kepada menyelamatkan akidah dan keselamatan kaum muslim dengan memerangi golongan murtad dan memantapkan tentera Islam. Setelah keadaan negara lebih stabil, beliau mula menumpukan perhatian kepada menyebarluaskan dakwah Islam dan perluasan kerajaan Islam. Antara jasa yang telah ditaburkan semasa pemerintahan dan kepemimpinan beliau adalah:
Made with FlippingBook
RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy