Varia Ranah - Sorotan Ilmiah Perkhidmatan Awam
304 Varia Ranah: Sorotan Ilmiah Perkhidmatan Awam Saiyidina Abu Bakar As-Siddiq رضي الله عنه Nama sebenar Saiyidina Abu Bakar As-Siddiq رضي الله عنه adalah Abdullah bin Qahafah. Usia beliau adalah dua (2) tahun lebih muda dari Rasulullah صلى الله عليه وسلم dan telah menjalinkan persahabatan yang akrab dengan Baginda lama sebelum Baginda diangkat menjadi Rasul. Sebelum Islam, beliau adalah seorang saudagar yang tersangat kaya dan berasal dari keluarga bangsawan yang sangat dihormati oleh masyarakat Quraisy. Sejak sebelum beliau memeluk Islam lagi, Saiyidina Abu Bakar As-Siddiq رضي الله عنه sememangnya terkenal sebagai seorang pembesar Quraisy yang tinggi akhlaknya. Beliau merupakan sahabat yang dianggap paling banyak sekali berkorban harta benda untuk menegakkan agama Islam di samping Nabi Muhammad .صلى الله عليه وسلم Atas pengorbanan beliau yang begitu besar, Rasulullah صلى الله عليه وسلم mengiktiraf bahawa Islam telah ditegakkan berkat pengorbanan Saiyidina Abu Bakar As-Siddiq ,رضي الله عنه selain harta sumbangan Siti Khadijah. Beliau sentiasa membenarkan apa sahaja yang diperkatakan dilakukan oleh Nabi Muhammad ,صلى الله عليه وسلم termasuk peristiwa Israk dan Mikraj yang diceritakan oleh Baginda kepada beliau. Malah Saiyidina Abu Bakar As-Siddiq رضي الله عنه memeluk agama Islam dengan membenarkan ajaran yang dibawa oleh Baginda kerana beliau telah lama mengenali Nabi Muhammad صلى الله عليه وسلم dan beliau tahu bahawa Baginda sentiasa bercakap benar, tidak pernah berbohong dan bersifat orang amin (amanah/dipercayai). Berikutan sikap beliau yang sentiasa menyokong kebenaran Rasulullah صلى ,الله عليه وسلم beliau telah diberi gelaran As-Siddiq (benar). Ketika kewafatan Rasulullah ,صلى الله عليه وسلم umat Islam, termasuk Saiyidina Umar bin Al-Khattab رضي الله عنه sendiri, telah diselubungi keadaan panik dan kekacauan fikiran. Walaupun begitu, Saiyidina Abu Bakar As-Siddiq رضي الله عنه bukan sahaja berjaya menenangkan mereka, termasuk Saiyidina Umar bin Al- Khattab ,رضي الله عنه malah beliau berjaya mengekalkan kekuatan semangat mereka juga. Memandangkan Saiyidina Abu Bakar As-Siddiq رضي الله عنه pernah diminta oleh Rasulullah صلى الله عليه وسلم untuk menggantikan Baginda
Made with FlippingBook
RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy